Bahagian Pelabuhan, Logistik dan Perdagangan
Objektif

Memacu pertumbuhan maritim kebangsaan dalam bidang pelabuhan, logistik dan perdagangan melalui pemerkasaan sistem pengangkutan maritim yang selamat dan sistematik.

Fungsi
  • Merangka, menggubal dan menambahbaik undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang baharu dan sedia ada berkaitan dengan pelabuhan, logistik dan perdagangan.
  • Merancang, menyelaras, dan mengawal selia pembangunan, pengurusan, dan pelaksanaan serta kerjasama dan kesinambungan hubungan dua hala aktiviti maritim berkaitan pelabuhan, logistik, dan perdagangan.
  • Urusetia, Jawantankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Tetap (One Stop Centre) serta memacu mesyuarat- mesyuarat perundingan berkaitan dengan pelabuhan, logistik, dan perdagangan di peringkat Nasional dan Antarabangsa.
Aktiviti
  • Menyediakan undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang baharu di peringkat Nasional berdasarkan kepada perundangan Antarabangsa yang diterima pakai.
  • Mengemaskini, menganalisis dan menambahnilai undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang sedia ada diperingkat Nasional berdasarkan kepada perundangan Antarabangsa yang diterima pakai.
  • Menyediakan dasar/pelan pembangunan, pengurusan, dan pelaksanaan aktiviti maritim berkaitan pelabuhan, logistik, dan perdagangan.
  • Menganalisa dan mengawalselia serta memantau operasi perkhidmatan berkaitan skop pelabuhan, logistik dan perdagangan.
  • Merancang, merangka, dan meninjau hubungan dua hala dalam bidang pelabuhan, logistik, dan perdagangan.

Warga JLM

Warga Awam

Langgan