Privasi
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi dengan agensi kerajaan lain untuk membantu memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. Contohnya dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan pengalihan kepada agensi kerajaan lain.
Mengumpulkan dan Mengendalikan Maklumat
Tidak ada maklumat peribadi yang dikumpulkan semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang diberikan oleh anda melalui e-mel.
Pautan ke Laman Lain
Portal ini mengandungi pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya berlaku untuk portal ini. Laman web lain dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza; pengguna disarankan membaca dan memahami pernyataan privasi laman berkenaan.
Dasar Pindaan
Sekiranya dasar privasi diubah, ia akan dikemas kini di halaman ini supaya pengguna memperoleh maklumat terkini tentang pengumpulan, penggunaan dan perkongsian maklumat.