Bahagian Keselamatan Pelayaran & Komunikasi Maritim (BKPKM)
Objektif

Merancang, merangka dan menganalisis sistem pengangkutan maritim yang memfokuskan kepada aktiviti keselamatan pelayaran dan komunikasi maritim berdasarkan kepada perundangan Nasional dan Antarabangsa.

Fungsi
  • Merancang dan mengawalselia sistem Keselamatan Pelayaran Dan Komunikasi Maritim.
  • Merancang, merangka dan meninjau kerjasama dan hubungan dua hala dengan negara luar dalam bidang keselamatan pelayaran.
  • Merangka dan memacu kajian dan penilaian keselamatan pelayaran, keperluan infrastruktur termasuk peralatan bantuan pelayaran dari masa ke semasa.
Aktiviti
  • Menjalankan kajian analisis risiko dan penilaian berkaitan keselamatan pelayaran, sistem komunikasi maritim dan keperluan survey hidrografi.
  • Menghadiri mesyuarat-mesyuarat perundingan dalam dan luar negara diperingkat ASEAN, IALA, IHO, IMO.
  • Menggotai Jawatankuasa Induk Vessel Traffic Services Competent Authority, Tripartite Technical Expert Group (TTEG), Cooperative Merchanism termasuk Aids To Navigations Funds.

Warga JLM

Warga Awam

Langgan