Merancang, menganalisa dan memperakui pengurusan dan aktiviti sistem pengangkutan maritim yang memfokuskan kepada pembangunan perkapalan dan pelaut selaras dengan keperluan industri berdasarkan kepada perundangan Nasional dan Antarabangsa.
Fungsi
Merangka dan merancang pembangunan dasar perkapalan dan pelaut.
Menggubal undang-undang, peraturan dan kaedah yang berkaitan dengan pembangunan perkapalan dan pelaut.
Aktiviti
Merancang halatuju Tabung Pembangunan Perkapalan Malaysia.
Mentadbir IMO Global Integrated Shipping Information System (GISIS) di peringkat Jabatan Laut Malaysia.
Merancang pelaksanaan Malaysia Shipping Master Plan.
Menganalisis kertas cadangan berkaitan pembangunan dasar perkapalan dan pelaut.
Merancang halatuju pembangunan Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut.
Mentadbir Pusat Pengurusan Pelaut (Seafarer Management Center).
Menetapkan dasar penubuhan institusi latihan maritim dan agensi pembekal pelaut di Malaysia.
Merangka dan mewujudkan peraturan berkaitan perkapalan dan pelaut.