Bahagian Pelabuhan, Logistik dan Perdagangan
Objektif
Memacu pertumbuhan maritim kebangsaan dalam bidang pelabuhan, logistik dan perdagangan melalui pemerkasaan sistem pengangkutan maritim yang selamat dan sistematik.
Fungsi
- Merangka, menggubal dan menambahbaik undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang baharu dan sedia ada berkaitan dengan pelabuhan, logistik dan perdagangan.
- Merancang, menyelaras, dan mengawal selia pembangunan, pengurusan, dan pelaksanaan serta kerjasama dan kesinambungan hubungan dua hala aktiviti maritim berkaitan pelabuhan, logistik, dan perdagangan.
- Urusetia, Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Tetap (One Stop Centre) serta memacu mesyuarat- mesyuarat perundingan berkaitan dengan pelabuhan, logistik, dan perdagangan di peringkat Nasional dan Antarabangsa.
Aktiviti
- Menyediakan undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang baharu di peringkat Nasional berdasarkan kepada perundangan Antarabangsa yang diterima pakai.
- Mengemaskini, menganalisis dan menambahnilai undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang sedia ada diperingkat Nasional berdasarkan kepada perundangan Antarabangsa yang diterima pakai.
- Menyediakan dasar/pelan pembangunan, pengurusan, dan pelaksanaan aktiviti maritim berkaitan pelabuhan, logistik, dan perdagangan.
- Menganalisa dan mengawalselia serta memantau operasi perkhidmatan berkaitan skop pelabuhan, logistik dan perdagangan.
- Merancang, merangka, dan meninjau hubungan dua hala dalam bidang pelabuhan, logistik, dan perdagangan.