Memastikan pengurusan operasi pendaftaran dapat dikendalikan secara cekap dan berkesan mengikut peruntukan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan peraturan yang berkuatkuasa.
Fungsi
Menyelaras dan memantau aktiviti pendaftaran kapal di peringkat Ibu Pejabat Laut dan Pejabat Pendaftar Kapal:
Pendaftaran Kapal Malaysia
Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi
Pendaftaran Kapal Boleh Tamat
Mengawal selia urusan pelesenan bot.
Menjalankan pemeriksaan terhadap pengesahan pendaftaran kapal di Malaysia.
Aktiviti
Mengeluarkan Sijil Pemeriksaan Kapal.
Menyediakan perangkaan yang berkaitan dengan pendaftaran kapal untuk kegunaan industri maritim di Malaysia.
Menyelaras, memantau dan meluluskan permohonan nama kapal serta mendaftarkan kapal berdasarkan penelitian dokumen, pelan dan sistem pendaftaran.
Menganalisis kertas cadangan berkaitan pembangunan dasar perkapalan.
Menyelaras dan memantau Pemeriksaan Nota Ukiran & Penandaan Kapal di dalam dan Luar Negara bagi tujuan pendaftaran kekal (Permanent Ship Registry).
Memudahcara aktiviti pengesahan status dan keaslian (genuineness) dengan Negara pengeluar sijil pembatalan pendaftaran (deletion certificate).
Menyelaras urusan gadaian kapal dan semakan status gadaian/muflis dengan pihak berkepentingan, SSM dan Mahkamah Admiralty.
Menyelaras pemeriksaan bot/kapal bagi tujuan pendaftaran dan pelesenan bot.
Membantu agensi penguatkuasaan mendapatkan maklumat berkaitan pelesenan bot dan pendaftaran kapal.
Membekalkan maklumat berkaitan pelesenan bot dan pendaftaran kapal bagi tujuan pengeluaran transkrip kapal.