Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Lazim (FAQ)

Pilih kategori atau gunakan carian untuk mendapatkan maklumat pantas.

🔍

Bahagian Keselamatan Pelayaran & Komunikasi Maritim (NAVCOM)

Kajian penilaian risiko merupakan suatu proses yang kompleks bagi mengenalpasti punca sesuatu risiko serta mengetahui kekerapan, kesan dan akibat sesuatu risiko itu. Pengenalpastian ini penting bagi menghurai strategi pengurusan risiko dalam meningkatkan keselamatan di laut dengan langkah pencegahan serta kawalan yang sewajarnya.

Bagi tujuan MRA ini, IMO telah membangunkan IMO Formal Safety Assessment (FSA) yang mengandungi metodologi yang sistematik dan berstruktur untuk meningkatkan keselamatan di laut berdasarkan analisis dan pengurusan risiko yang cekap. IMO-FSA ini merupakan maklumbalas IMO berkenaan keperluan pendekatan moden dalam mewujudkan peraturan meningkatkan keselamatan di laut.

Ya, berdasarkan Seksyen 491B, Ordinan Perkapalan Saudagar dan rujukan kepada Notis Perkapalan Malaysia (NPM) 03/2024.

Kajian Penilaian Risiko (MRA) hendaklah dilaksanakan oleh syarikat konsultan diiktiraf yang didaftarkan di Jabatan Laut Malaysia di bawah Skim Pendaftaran Konsultan MRA. Maklumat berkaitan pendaftaran dan borang permohonan boleh dimuat turun di laman Jabatan Laut Malaysia (Laman Web JLM – Klik Perkhidmatan – Klik Borang – Klik Pelayaran). Borang permohonan tersebut boleh dihantar melalui emel ke navcom@marine.gov.my.
Senarai perlantikan Konsultan Analisa dan Penilaian Risiko Marin (MRA) yang diiktiraf Jabatan Laut Malaysia boleh didapati di laman web Jabatan Laut Malaysia (Laman Web JLM – Klik Laman Utama – Klik Awam – Klik Pelayaran).

Jabatan Laut Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan berkaitan prosedur dan keperluan dalam menjalankan Kajian Penilaian Risiko (MRA) di Malaysia.

Maklumat berkaitan prosedur dan keperluan MRA ini boleh dimuat turun di laman Jabatan Laut Malaysia (Laman Web JLM – Klik Laman Utama – Klik Awam – Klik Pelayaran).

Permohonan lesen melombong pasir hendaklah dibuat di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian sekiranya untuk pasir persekutuan dan Jabatan Tanah Galian Negeri untuk pasir negeri.

Setiap permohonan lokasi melombong pasir hendaklah mematuhi buffer zone yang telah ditetapkan iaitu setiap lokasi yang dimohon tidak berhampiran dengan alat bantuan pelayaran, wrek dan batas pelabuhan, Kawasan hendaklah sekurang-kurangnya tidak kurang dari 3 batu nautika dari buffer zone.

Bahagian Pelabuhan, Logistik & Perdagangan (BPLP)

Tidak

Produk kargo di bawah Marpol Annex II

Di laman sesawang Jabatan Laut Malaysia

Ya, boleh.

Bahagian Pembangunan Perkapalan & Pelaut (BPPP)

Permohonan penubuhan Institut Latihan Maritim boleh merujuk Garis Panduan Akreditasi Institut Latihan Maritim dan Kursus Yang Diluluskan (JL/HEPP/D/21 edisi 2017).

Institut Latihan Maritim yang diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia di Konvensyen Standard of Training Certificate and Watchkeeping 1978 (Manila Amendments 2010) adalah seperti yang tersenarai di bahagian pautan laman sesawang Jabatan Laut Malaysia atau hubungi terus dengan mana – mana Institut & Pembekal Latihan Maritim yang berdekatan.

Permohonan penubuhan Agensi Pembekal Pelaut (Berlesen) Malaysia boleh merujuk Notis Perkapalan Malaysia 07/2013) atau email ke bppp@marine.gov.my bagi pertanyaan.

Pelaut perlu menjalani pemeriksaan perubatan di klinik pengamal perubatan yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia dan membuat permohonan secara atas talian melalui Sistem Dokumen Pelaut (SDPx) yang boleh diekses melalui laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia.

Kadar bayaran bagi permohonan kad pelaut boleh dirujuk melalui Nota Maklumat Panduan Marin (NMPM 6/2010)

Borang bantuan biasiswa latihan dan pembangunan kerjaya pelaut boleh diperolehi melalui Nota Maklumat dan Panduan Marin (NMPM 1/2013).

Waris pelaut boleh memohon kemudahan bantuan khairat kematian dari Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) 1984 melalui Nota Maklumat dan Panduan Marine (NMPM 2/2013) .

Bahagian Kawalan Industri Maritim (BKIM)

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang MSN 05/2008 dan mendapatkan sokongan daripada Badan Klasifikasi (Recognized Organization) yang di Iktiraf. Permohonan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja. Borang MSN 05/2008 boleh diperolehi di laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia.

Permohonan bagi menjalankan pemeriksaan kapal atau alat-alat kapal boleh dilakukan dengan melengkapkan borang permohonan yang boleh di dapati di laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia. Borang yang telah lengkap di isi perlu dikemukakan melalui emel atau terus kepada Bahagian Kawalan Industri Maritim.

Permohonan penubuhan institusi latihan maritim boleh merujuk kepada Nota Maklumat Panduan Marin (NMPM) 1/99.

Institusi latihan maritim yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia dibawah keperluan konvensyen STCW 78 (Manila Amendments) seperti yang tersenarai didalam laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia dan boleh terus berhubung dengan institusi latihan maritim tersebut.

Anda boleh membuat pemeriksaan perubatan di mana-mana klinik panel yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia seperti yang tersenarai didalam laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia.

Pemohon hendaklah melengkapkan permohonan secara atas talian melalui sistem Dokumen Pelaut (SDPX) dan menyertakan dokumen seperti berikut:

  1. Satu (1) gambar warna berukuran saiz kad pengenalan;
  2. Salinan Kad Pengenalan yang diakui sah
  3. Sijil kelulusan kedoktoran yang diakui sah
  4. Sijil Malaysian Medical Council (MMC) yang diakui sah
  5. Sijil diploma/Ijazah dalam Occupational Health/ Medicine atau Sijil kursus pengenalan bidangkerja maritime yang diakui sah.
    **Anda boleh merujuk kepada NMPM 11/1999 & NMPM 17/1999 di laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia.

Tarikh peperiksaan perakuan kekompetenan boleh didapati di Laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia atau melalui sistem Dokumen Pelaut (SDPX).

Bayaran bagi setiap permohonan Perakuan Pengiktirafan adalah mengikut jenis seperti berikut

  1. Permohonan baharu: RM 600.00
  2. Permohonan Pembaharuan: RM 600.00
  3. Rosak/Hilang: RM 600.00
    **Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Cek Syarikat/ Wang Pos/ Kiriman Wang atau Bank Deraf diatas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-MOT-T

Perakuan Pengiktirafan akan diproses dalam masa 1 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.

Perakuan Pengiktirafan boleh dikeluarkan kepada pelaut yang memegang Perakuan Kekompetenan dari Negara luar yang menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) dengan Malaysia.

Tempoh sahlaku Perakuan Pengiktirafan (COR) tidak lebih dari 1 tahun, jika sekiranya tempoh sah laku Perakuan Kekompetenan (COC) kurang dari 1 tahun, maka tempoh sah laku COR adalah mengikut tarikh tamat sah laku COC tersebut. Tempoh sah laku COC semasa permohonan COR dibuat hendaklah tidak kurang daripada enam (6) bulan bagi membolehkan COR diproses.

Keperluan yang perlu dipatuhi bagi permohonan Dokumen Keanggotaan Selamat dinyatakan dalam NPM7/2009 dan NPM29/2011.

Fi yang perlu dibayar adalah bergantung pada jenis permohonan sepertimana yang dinyatakan dalam NMPM 6/2010.

Permohonan Dokumen Keanggotaan Selamat yang lengkap akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja.

Sebuah kapal boleh memiliki lebih dari satu Dokumen Keanggotaan Selamat bergantung kepada jenis pelayaran samaada Domestik, Pesisir Pantai atau Tanpa Had. Keperluan yang perlu dipatuhi adalah seperti yang digariskan dalam NPM7/2009.

Tempoh sahlaku Dokumen Keanggotaan Selamat adalah selama lima tahun.

Pelaut perlu menjalani pemeriksaan perubatan di klinik panel yang di iktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia dan membuat permohonan secara atas talian melalui sistem Dokumen Pelaut (SDPx) yang boleh di akses melalui laman sesawang rasmi Jabatan Laut Malaysia.

Fi bagi permohonan kad pelaut boleh dirujuk melalui Nota Maklumat panduan Marin (NMPM 6/2010).

Bahagian Pengurusan Trafik & Bantuan Pelayaran (BPTBP)

  • Memantau lalu lintas perkapalan di Selat Melaka
  • Amaran Keselamatan Pelayaran (NAVTEX)
  • Pusat Komunikasi Maritim Malaysia( PUSKOMM) bagi pematuhan ISPS
  • Kapal melebihi 300GT
  • Kapal panjang melebihi 50 meter
  • Kapal yang terlibat dalam menunda atau menolak kapal lain dengan gabungan tanan kasar melebihi 300 GT atau gabungan panjang melebihi 50 meter
  • Mana-mana kapal yang membawa kargo merbahaya seperti ditakrifkan dalam MSC.43(64)
  • Kesemua kapal penumpang yang dilengkapi VHF tanpa mengira tanan dan panjang
  • Mana-mana kategori kapal kurang dari panjang 50 meter atau kurang 300 GT yang dilengkapi dengan VHF dan dalam keadaan kecemasan menggunakan laluan trafik atau zon pemisah untuk mengelakkan bahaya.

Pihak berkuasa bagi kawalan dalam STRAITREP adalah seperti berikut :

  • Sektor 1 ke Sektor 5 – VTS Klang;
  • Sektor 6 – VTS Johor ; dan
  • Sektor 7 ke Sektor 9 – VTS Singapura.

Bahagian Operasi Maritim (BOM)

  • Melaksanakan urusan Pengerukan Hidrografi & Pengurusan Wreck.
  • Menyelaras dan memantau perlaksanaan Pemeriksaan Kawalan Negara Pelabuhan (Port State Control – PSC) dan Pemeriksaan Kawalan Negara Bendera (Flag State Control – FSC)
  • Menyelaras dan mengurus isu-isu perundangan serta penawaran kompaun untuk kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (OPS1952)
  • Mengawal selia pengurusan marina awam di bawah seliaan Jabatan Laut Malaysia melalui penguatkuasaan Presedur Operasi Standard (POS) Pengurusan Marina Awam.
  • Menyelaras pengurusan fleet kapal/bot Wilayah dan kapal/bot di bawah KWDA termasuk krew-krew yang terlibat. Mengawal selia pengurusan pelabuhan kecil, terminal dan jeti-jeti penumpang/awam di bawah bidang kuasa Jabatan Laut Malaysia.
  • Mengawal selia perlaksanaan sistem ketibaan dan pelepasan kapal secara online.

Kapal-kapal bendera luar ini wajib menjalani pemeriksaan mengikut “New Inspection Regime (NIR)” yang ditetapkan oleh Tokyo MOU yang dilaksanakan pada 1 Januari 2014.

Jabatan Laut hanya bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pengerukan yang dilakukan di jeti terminal penumpang di bawah kawal selia oleh Jabatan Laut Malaysia sahaja.

Sistem SCS ini adalah sistem yang digunakan oleh agen/pemilik kapal dalam urusan pelepasan dan ketibaan kapal di mana-mana pelabuhan di dalam Malaysia

Sesebuah kapal perlu mempunyai insuran wajib atau jaminan kewangan bagi menjamin keselamatan pelayaran kapal dan mencegah pencemaran laut dalam perairan laut Malaysia.

Pemilik kapal atau agen kapal tersebut boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM50,000.00 dibawah kesalahan Seksyen 361(1) OPS 1952.

Garis panduan yang digunakan untuk tujuan Barter Trade adalah NPM01/2017 yang boleh didapati di dalam website www.marine.gov.my

Bahagian Pendaftaran Kapal (BPK)

Terdapat dua sebab utama mengapa kapal perlu didaftarkan. Pertama adalah untuk memaklumkan identiti pemilik kapal di samping membuktikan Bendera Negara atau Negara pendaftaran bagi sesebuah kapal. Pendaftaran juga membolehkan maklumat gadaian direkodkan / didaftarkan yang mana kapal adalah sebagai jaminan. Kapal yang berdaftar boleh menuntut keistimewaan dan perlindungan kedaulatan dari Bendera Negara di mana kapal tersebut didaftarkan.

Terdapat tiga kategori kapal yang dikecualikan dari pendaftaran iaitu :-

  • Kapal yang kurang daripada 15 tanan bersih;
  • Bot-bot yang dilesenkan;
  • Kapal ikan yang beroperasi di dalam perairan Malaysia yang kurang daripada 500 tanan kasar.

Pendaftaran semula adalah istilah yang digunakan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar yang mana pendaftaran kapal telah ditamatkan sebelum ini dan kemudiannya didaftarkan semula. Contoh kes yang biasa berlaku seperti berikut: –

  • Pendaftaran ditamatkan apabila kapal dijual kepada pemilik warga asing, dan kemudiannya dibeli oleh warganegara Malaysia dan didaftarkan semula di pendaftaran Malaysia.
  • Pendaftaran ditamatkan apabila kapal ditinggalkan sebagai ranap atau hilang tetapi kemudiannya dijumpai atau diperolehi semula.
  • Pendaftaran ditamatkan apabila pemilik memohon kapal ini dilesenkan di bawah Kaedah Bot Berlesen. Kemudiannya, kapal tersebut dijual kepada warganegara Malaysia yang memerlukan status pendaftaran.
  • Pendaftaran kapal diisytiharkan sebagai batal oleh mahkamah.

Pemilik kapal perlu memaklumkan sebarang pindaan / perubahan maklumat kapal yang terkandung di dalam Sijil Pendaftaran Kapal, seperti alamat pemilik, nilai tanan kapal atau lain-lain.

Sebelum sesebuah kapal boleh didaftarkan, nama kapal perlu diluluskan. Permohonan nama kapal boleh dibuat di mana-mana Pejabat Pendaftar kapal. Setelah nama kapal yang dipohon diluluskan, permohonan untuk mendaftarkan kapal boleh dibuat dimana-mana pejabat pendaftar kapal.

Secara kebiasaannya, Sijil Pendaftaran Kapal (Sementara) akan dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Kapal sebelum Sijil Pendaftaran Kapal (Tetap) dikeluarkan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Pendaftar Kapal.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran adalah :-

  • Surat permohonan pendaftaran kapal;
  • Pengisytiharan pemilikan kapal;
  • Salinan sijil Pembinaan Kapal (untuk kapal baharu), Perjanjian Jual Beli, Invois, Bukti Pemilikan kapal dan lain-lain;
  • (Dokumen asal perlu dibawa untuk pengesahan);
  • Sijil Pemeriksaan Kapal untuk pengesahan tanan dan pengukuran kapal yang dikeluarkan oleh Pemeriksa Kapal;
  • Sijil Tanan Antarabangsa 1969, jika panjang kapal melebihi 24 meter;
  • Sijil Pendaftaran Syarikat / Persyarikatan jika pemilik kapal adalah sebuah badan korporat;
  • Jika kapal dibeli dari pemilikan asing atau kapal Bendera Negara asing, Sijil Pembatalan pendaftaran dan maklumat pendaftaran kapal tersebut diperlukan.

Dalam perihal pemilikan individu, pemilik kapal atau pengurus kapal yang dilantik dibenarkan untuk membuat permohonan pindaan maklumat hak milik kapal di pejabat pendaftar kapal dengan mengemukakan :-

  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Perlantikan Pengurus Kapal;
  • Pengisytiharan Pemilikan;
  • Dokumen asal Perjanjian Jual Beli yang merujuk kepada pemilik kapal yang terakhir;
  • Dokumen asal Sijil Pendaftaran Kapal.

Untuk kes pemilikan badan korporat :-

  • Pengisytiharan Pemilikan;
  • Perlantikan Pengurus Kapal;
  • Dokumen asal Perjanjian Jual Beli yang merujuk kepada pemilik kapal yang terakhir;
  • Dokumen asal Sijil Pendaftaran Kapal;
  • Artikel dan Memorandum Syarikat;
  • Borang 9 – Sijil Pendaftaran Syarikat
  • Borang 24 – Saham Syarikat
  • Borang 49 – Butir-butir berkaitan dengan Pengarah, Pengurus & Setiausaha

Pemeriksa Kapal perlu memeriksa kapal untuk mengesahkan pindaan butiran dan mengeluarkan Sijil Pemeriksaan Kapal. Untuk pindaan butiran enjin kapal, dokumen yang perlu dikemukakan adalah: –

  1. Sijil Pemeriksaan;
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Kapal;
  3. Borang 255 – Pin 1/99 yang telah diperakukan oleh Pemeriksa Kapal;
  4. Borang Survey 118 – Deklarasi enjin kapal.

Untuk pindaan butiran tanan kapal, dokumen yang perlu dikemukakan adalah :-

  1. Sijil Pemeriksaan;
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Kapal;
  3. Borang 255 – Pin 1/99 yang telah diperakukan oleh Pemeriksa Kapal;
  4. Salinan Sijil Tanan Antarabangsa 1969.

Terdapat dua jenis gadaian kapal yang pertama adalah “to secure principal sum and interest“ dan “to secure account current”. Permohonan untuk mendaftarkan gadaian kapal perlu menggunakan Borang 247/249/251 dan dokumen asal atau salinan diakui sah serta deed covenents. Fi yang dikenakan untuk proses ini adalah berpandukan kepada Jadual xxxx, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Pendaftaran Kapal Malaysia

Kelayakan sebagai pemilik kapal Malaysia: –

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Jika dimiliki oleh badan korporat, hendaklah ditubuhkan di Malaysia;
  3. Mempunyai ibu pejabat di Malaysia;
  4. Majoriti (51 % atau lebih) pegangan saham dimiliki oleh warganegara Malaysia;
  5. Majoriti ahli lembaga pengarah adalah warganegara Malaysia.

Pelabuhan Daftar bagi pendaftaran ini adalah Port Kelang, Penang, Kuching dan Kota Kinabalu.

Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia

Kelayakan sebagai pemilik kapal Antarabangsa Malaysia: –

  1. Badan Korporat ditubuhkan di Malaysia;
  2. Mempunyai pejabat yang beroperasi di Malaysia;
  3. Majoriti (51 % atau lebih) pegangan saham dimiliki oleh warganegara asing.
  4. Modal Berbayar sekurang-kurangnya 10% dari nilai kapal atau RM 1 000,000 atau yang mana lebih tinggi.

Pelabuhan Daftar bagi pendaftaran ini adalah Labuan.

  • Di lengkapi dengan sistem dorongan mekanikal;
  • Tanan kasar tidak kurang daripada 1,600;
  • Umur kapal tangki minyak atau pengangkut pukal tidak melebihi 15 tahun;
  • Umur bagi kapal selain di atas tidak melebihi 20 tahun.
  1. Surat Permohonan;
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Kapal;
  3. Salinan Sijil Insurans.

Fi yang dikenakan ialah RM100 untuk kapal asing dan kapal Malaysia.

Fi yang dikenakan ialah RM100 untuk kapal Malaysia manakala RM400 untuk kapal asing.

Berat Tanan Kasar (GT) kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans BCC 2011 ialah semua kapal yang melebihi 1,000 GT. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 1/2009.

Kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans CLC 1992 ialah kapal yang membawa minyak sebagai kargo yang melebihi 2,000 tan. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 57/2005 yang dibaca bersama dengan Notis Perkapalan Saudagar JL 4/1995.

Bahagian Keselamatan, Sekuriti & Alam Sekitar (BKSAS)

PENCERAHAN BERKENAAN PERLINDUNGAN INSURANS ATAU TAKAFUL KE ATAS KAPAL-KAPAL MALAYSIA DAN ASING YANG BEROPERASI DI DALAM DAN DI LUAR PERAIRAN MALAYSIA

PANDUAN KEPADA:

a) (i) Penanggung insurans (syarikat insurans) berlesen atau pengendali takaful (syarikat takaful) berlesen yang menjalankan perniagaan insurans atau takaful am di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) bagi kapal/bot di bawah 300 GT yang beroperasi secara eksklusif di dalam perairan Semenanjung Malaysia, Labuan dan/atau Zon Eksklusif Ekonomi Malaysia; dan

(ii) Orang yang diberi pengecualian di bawah APK atau APKI bagi maksud menjalankan perniagaan insurans atau takaful berkenaan insurans atau takaful perlindungan dan indemniti bagi kapal termasuk kapal Malaysia tertakluk kepada tempoh dan syarat yang ditentukan dalam perintah pengecualian yang berkenaan;

b) Syarikat/anggota/koresponden/broker kumpulan syarikat P&I Club di bawah International Group (IG) dan Non International Group (NON I.G) yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia; dan

c) Pemilik kapal-kapal Malaysia dan asing yang beroperasi di dalam dan di luar perairan Malaysia

BILSOALANJAWAPAN
1(i) Adakah syarikat insurans atau takaful DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA yang tidak dilesenkan di bawah APK atau APKI boleh menjalankan perniagaan insurans atau takaful di Malaysia?

Tidak. Mana-mana orang, termasuklah suatu syarikat insurans atau takaful yang tidak dilesenkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 10(4) APK atau APKI tidak boleh menjalankan perniagaan insurans atau takaful di Malaysia melainkan diberi pengecualian oleh Menteri Kewangan di bawah Seksyen 263 APK atau Seksyen 274 APKI. Seseorang yang didapati menjalankan perniagaan insurans atau takaful di Malaysia tanpa lesen dan tidak diberikan pengecualian di bawah APK atau APKI, melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 8(1)(a) APK atau APKI, mengikut mana yang berkenaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) boleh mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas orang tersebut.

Setakat ini di bawah seksyen 263 APK, Menteri Kewangan telah mengeluarkan Perintah Perkhidmatan Kewangan (Pengecualian) 2019 (P.U.(A) 224/2019) dan Perintah Perkhidmatan Kewangan (Pengecualian) 2020 (P.U.(A) 219/2020) yang mengecualikan syarikat insurans tertentu yang tidak dilesenkan di bawah APK bagi menjalankan perniagaan insurans perlindungan dan indemniti (insurans P&I) di Malaysia tertakluk kepada tempoh dan syarat yang dinyatakan dalam perintah pengecualian tersebut.

(ii) Adakah syarikat pembrokeran DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA yang tidak mempunyai kelulusan di bawah APK atau APKI boleh menjalankan perniagaan pembrokeran insurans atau takaful di Malaysia?Tidak. Mana-mana orang termasuklah suatu syarikat pembrokeran insurans atau takaful yang tidak diluluskan oleh BNM di bawah seksyen 11(2)(a) atau 15(1)(b) APK atau seksyen 11(2)(a) APKI tidak dibenarkan untuk menjalankan perniagaan pembrokeran insurans atau takaful melainkan diberi pengecualian oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 263 APK atau seksyen 274 APKI. Seseorang yang didapati menjalankan perniagaan pembrokeran insurans atau takaful tanpa kelulusan dan tidak diberikan pengecualian di bawah APK atau APKI, melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 8(1)(b) atau 15(9) APK atau seksyen 8(1)(b) APKI, mengikut mana yang berkenaan dan BNM boleh mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas orang tersebut.
2Adakah syarikat insurans atau syarikat takaful berlesen yang telah dilesenkan atau syarikat pembrokeran insurans atau takaful yang diluluskan di bawah APK atau APKI perlu mendapatkan pengecualian di bawah Seksyen 263 APK atau Seksyen 274 APKI?Tidak. Syarikat insurans atau takaful berlesen serta syarikat pembrokeran insurans atau takaful yang mempunyai kelulusan di bawah APK atau APKI bebas menjalankan perniagaan yang berkenaan dan tidak perlu mendapatkan pengecualian di bawah seksyen 263 APK atau seksyen 274 APKI.
3Dimanakah senarai nama syarikat insurans atau takaful yang dilesenkan serta syarikat broker insurans atau takaful yang diluluskan di bawah APK dan APKI boleh diperolehi?

Senarai nama syarikat insurans atau takaful yang dilesenkan serta syarikat broker insurans atau takaful yang diluluskan di bawah APK dan APKI disiarkan di laman sesawang BNM dan boleh dirujuk di pautan berikut:-

Selain itu, BNM juga menyiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan suatu senarai semua orang berlesen termasuk syarikat insurans dan takaful berlesen dan apa-apa tambahan atau pemotongan daripada senarai itu dari masa ke semasa menurut seksyen 27(1) APK dan 24(1) APKI.

4Adakah terdapat sebarang larangan bagi pemilik kapal Malaysia yang ingin mendapatkan perlindungan insurans atau takaful daripada syarikat insurans atau takaful yang tidak dilesenkan di bawah APK atau APKI?

Ya. Mana-mana orang, termasuk pemilik kapal Malaysia, yang ingin memperolehi insurans/takaful am berkenaan dengan harta atau liabiliti daripada syarikat insurans atau takaful yang tidak dilesenkan di bawah APK atau APKI perlu mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada BNM menurut seksyen 127 APK atau seksyen 139 APKI mengikut mana yang berkenaan:

  1. harta alih atau harta tidak alih yang terletak di Malaysia;
  2. kapal atau kapal terbang yang berdaftar di Malaysia; atau
  3. liabiliti seseorang pemastautin di Malaysia kepada pihak ketiga.

Keperluan tersebut mesti dibaca bersama dengan Perintah Perkhidmatan Kewangan (Kontrak Insurans Am Untuk Harta Atau Liabiliti) 2013 (P.U.(A) 205/2013) dan Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Kontrak Takaful Am Untuk Harta Atau Liabiliti Am) 2013 (P.U.(A) 211/2013).

5Adakah mana-mana syarikat insurans dan takaful berlesen di DALAM MALAYSIA DAN mana-mana orang dari LUAR MALAYSIA yang hendak menawarkan perkhidmatan insurans perkapalan di Malaysia perlu menjalankan perniagaan insurans melalui usahasama dengan Perlindungan dan Indemniti Malaysia Sdn. Bhd?

Tidak. Mana-mana syarikat insurans atau takaful berlesen di bawah APK atau APKI boleh menawarkan insurans atau takaful di Malaysia tanpa perlu melalui usaha sama dengan Perlindungan dan Indemniti Malaysia Sdn. Bhd.

Namun begitu, bagi syarikat tidak berlesen di bawah APK yang telah diberi pengecualian di bawah Perintah Perkhidmatan Kewangan (Pengecualian) 2019 (P.U.(A) 224/2019) dan Perintah Perkhidmatan Kewangan (Pengecualian) 2020 (P.U.(A) 219/2020) tertakluk kepada tempoh dan syarat yang dinyatakan dalam perintah pengecualian tersebut, antara lain, syarikat berkenaan hanya dibenarkan menawarkan insurans P&I di Malaysia melalui usaha sama dengan Perlindungan dan Indemniti Malaysia Sdn. Bhd.

6Adakah syarikat yang mendapat pengecualian di bawah Perintah Perkhidmatan Kewangan (Pengecualian) perlu mendapat kelulusan bertulis BNM terlebih dahulu sebelum menjalankan perniagaan insurans P&I di Malaysia?

Tidak, syarikat yang telah mendapat pengecualian di bawah Perintah Perkhidmatan Kewangan (Pengecualian) tidak memerlukan kelulusan bertulis BNM terlebih dahulu bagi menjalankan perniagaan insurans P&I di Malaysia melalui usahasama dengan Perlindungan dan Indemniti Sdn. Bhd. bagi tempoh dan tertakluk kepada syarat yang dinyatakan dalam perintah pengecualian tersebut.

  1. Archipelago Insurance Limited – Financial Services (Exemption) Order2021
  2. The members of the International Group of Protection and Indemnity Clubs (IGP&I) – Financial Services (Exemption) (No. 2) Order 2021
  3. Maritime Mutual Insurance Association (NZ) Limited – Financial Services (Exemption) (No. 3) Order 2021

Talian khusus Bank untuk memudahkan pertanyaan awam mengenai Financial Services Exemption Order (FSEO) dan Blue Card hendaklah menghubungi talian berikut;

BNMTELELINK: https://www.bnm.gov.my/-/establishment-of-bank-negara-malaysia-telelink-1-300-88-link

7Adakah pemilik kapal layar warga asing (sama ada individu yang bukan pemastautin di Malaysia atau syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia) boleh memperoleh perlindungan insurans atau takaful harta atau liabiliti dari syarikat insurans atau takaful luar negara?

Pemilik kapal layar warga asing (iaitu individu yang bukan pemastautin di Malaysia atau syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia) boleh memperoleh insurans atau takaful liabiliti dari syarikat insurans atau takaful tidak dilesenkan di bawah APK atau APKI. Ini kerana mereka tidak tertakluk kepada seksyen 127 APK atau seksyen 139 APKI yang melarang pemerolehan perlindungan insurans atau takaful harta atau liabiliti dari syarikat insurans atau takaful yang tidak dilesenkan di bawah APK atau APKI.

Namun begitu, bagi insurans atau takaful harta, hanya pemilik kapal layar bagi kapal yang tidak didaftarkan di Malaysia boleh memperoleh insurans atau takaful harta dari syarikat insurans atau takaful tidak dilesenkan di bawah APK atau APKI dan mereka tidak tertakluk kepada seksyen 127 APK atau seksyen 139 APKI.

Seksyen 127 APK atau seksyen 139 APKI merupakan peruntukan yang terpakai kepada seseorang pemastautin di Malaysia, dan ini adalah termasuk seseorang yang mempunyai kehadiran fizikal sebagai penduduk di Malaysia ataupun syarikat yang melaksanakan atau berdaftar untuk melaksanakan sebarang aktiviti perniagaan di Malaysia. Sila rujuk kepada jawapan soalan 4 bagi definisi “harta” atau “liabiliti” dalam konteks seksyen 127 APK atau seksyen 139 APKI.

8Sekiranya saya hendak membuat aduan mengenai salah laku syarikat insurans atau takaful berlesen atau seseorang yang diberi pengecualian untuk menjalankan perniagaan insurans atau takaful di bawah APK dan APKI, kepada siapa aduan harus ditujukan?Bagi sebarang aduan mengenai salah laku syarikat insurans atau takaful berlesen atau seseorang yang diberi pengecualian untuk menjalankan perniagaan insurans atau takaful di bawah APK atau APKI, sila ajukan aduan anda kepada Bank Negara Malaysia, di talian 1-300-88-5465 atau e-mel ke bnmtelelink@bnm.gov.my.
9

Adakah syarikat insurans atau takaful berlesen di bawah APK atau APKI boleh menawarkan polisi insurans dengan tempoh perlindungan kurang dari 12 bulan?

Sebagai contoh di Pantai Timur ketika musim monsun bot-bot tidak dapat beroperasi. Pemilik bot memerlukan tempoh perlindungan polisi insurans hanya untuk 6 atau 8 bulan sahaja.

Tempoh perlindungan insurans atau takaful yang ditawarkan oleh syarikat insurans atau takaful berlesen adalah bergantung kepada persetujuan antara syarikat insurans atau takaful dengan pembeli insurans. Pemilik bot boleh berunding dengan syarikat insurans atau takaful masing-masing mengenai tempoh perlindungan insurans atau takaful yang diperlukan.

Disediakan Oleh:

Urusetia: Jawatankuasa Penyelarasan & Pengiktirafan Syarikat Perlindungan Insurans P&I Di Malaysia

Dikemaskini pada: 1 Mac 2023

Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN)

Kursus-kursus yang dilaksanakan di MATRAIN adalah khusus untuk kakitangan Jabatan Laut Malaysia (JLM) namun, terdapat beberapa kursus tertentu yang dianjurkan terbuka kepada pihak luar. Kursus-kursus yang dilaksanakan kepada pihak selain daripada kakitangan JLM merangkumi kursus peringkat domestik dan antarabangsa seperti Pengendalian Asas Bot, kursus di bawah The International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authorities (IALA) dan lain-lain.

Ya, boleh. Agensi luar boleh menghubungi Pejabat Pendaftar MATRAIN untuk keterangan lanjut berhubung permohonan. Berikut adalah kadar harga sewaan fasiliti yang terdapat di MATRAIN. Kadar Sewaan Fasiliti MATRAIN

Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) dilengkapi dengan dua blok apartment berjumlah 44 buah rumah, kolam renang, auditorium, bilik kuliah, makmal komputer, kafetaria, kemudahan sukan (gelanggang takraw, futsal dan bola jaring), bridge simulator, rumah asap dan rumah bot.

Tidak boleh.

Tidak boleh.

Orang awam boleh menggunakan kemudahan sukan di MATRAIN tertakluk dengan kebenaran daripada Pengarah ILPL dan mengikut kadar bayaran yang ditetapkan.

Hasil Carian

Warga JLM

Warga Awam

Langgan