[gtranslate]
FAQ Hubungi Kami Maklum Balas Peta Laman

Kategori: Berita JLM

  • WORLD MARITIME DAY 2024 NAVIGATING THE FUTURE: SAFETY FIRST!

    WORLD MARITIME DAY 2024 NAVIGATING THE FUTURE: SAFETY FIRST!

    A message from Arsenio Dominguez Secretary-General, International Maritime Organization

    When we think about safety in maritime, the International Convention for the Safety of Life at Sea (SOLAS) is one of the first things that comes to mind. 2024 marks 50 years since the treaty was adopted. We can be proud of the crucial role this Convention has played in setting international safety standards for ship construction, equipment and operation, preventing maritime disasters and protecting lives.

    But we cannot be complacent.

     This year’s World Maritime Day theme: “Navigating the future: safety first!” calls for collective effort to ensure we keep pace with the ongoing transformation in shipping.

    And at IMO, we must ensure the continued development and implementation of the regulatory regime to prioritize safety as we steer towards tomorrow.

    I encourage all stakeholders to mark this year’s World Maritime Day on 26 September and invite you to join the conversation online using the hashtag #WorldMaritimeDay.

    Let us all work to navigate the future with safety first!

    Watch IMO Secretary-General Arsenio Dominguez video message on the World Maritime Day theme 2024: https://www.youtube.com/watch?v=A2dpnIdXMuQ

  • TEMASYA SUKAN JABATAN LAUT MALAYSIA KALI KE-10 WILAYAH SABAH 2024

    TEMASYA SUKAN JABATAN LAUT MALAYSIA KALI KE-10 WILAYAH SABAH 2024

    KOTA KINABALU, 22 September 2024 – Majlis Perasmian Temasya Sukan JLM telah disempurnakan oleh YBrs. Kapten Abdul Samad Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Operasi) pada 20 September 2024 (Jumaat) bertempat di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS).

    Temasya Sukan JLM Kali Ke-10 yang berlangsung pada 19-22 September 2024 ini telah disertai oleh hampir 800 orang atlet terdiri daripada lapan kontinjen masing-masing daripada Ibu Pejabat Laut Malaysia, JLM Wilayah Sabah, JLM Wilayah Sarawak, JLM Wilayah Persekutuan Labuan, JLM Wilayah Utara, JLM Wilayah Timur, JLM Wilayah Selatan dan JLM Wilayah Tengah.

    Temasya Sukan JLM yang diadakan dwi-tahunan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan disamping mengeratkan hubungan sillaturrahim dikalangan warga JLM.

    Terdapat 22 acara pelbagai kategori yang dipertandingkan sepanjang Temasya Sukan JLM ini berlangsung antaranya ialah Golf, Memanah, Ping Pong, Snooker, Pool, Boling, Bola Tampar, Renang, Badminton, Olaharaga, Acara Padang, E-Sport, Dart, Karom, Bola Jaring, Sepak Takraw, Petanque dan Bola Sepak yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nexus Golf Resort Karambunai, Dewan Hakka Likas, Cupid Champion Penampang, Strike Bowl Sutra Harbour, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah & Arena Sukan Likas.

    Secara keseluruhannya, kontinjen JLM Wilayah Sabah sekali lagi telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Temasya Sukan JLM Kali Ke-10 ini dengan 17 Emas, 10 Perak dan 8 Gangsa diikuti dengan Kontinjen Ibu Pejabat Laut Malaysia dengan 9 Emas, 14 Perak dan 12 Gangsa. Turut diberi penganugerahan kepada Tuan Mohd Sharul Bin Mat Ripin daripada JLM Wilayah Utara sebagai Olahrawagan dan Puan Rapija Binti Usul daripada JLM Wilayah Sabah sebagai Olahragawati.

    Majlis Penutupan Temasya Sukan Jabatan Laut Malaysia (JLM) Kali Ke-10 telah disempurnakan oleh Tn. Norjipin Bin Saidi, Pengarah Bahagian Keselamatan Sekuriti Alam Sekitar (BKSAS) yang mewakili YBrs. Kapten Abdul Samad Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Operasi) bertempat di Ball Room Sipadan 1, Sabah International Convention Center (SICC), Kota Kinabalu Sabah.

    Temasya Sukan JLM Kali Ke-11 pada Tahun 2026 akan menyaksikan JLM Wilayah Selatan sebagai tuan rumah. JLM Wilayah Sabah selaku Tuan Rumah Temasya Sukan JLM kali ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kontinjen Ibu Pejabat Laut dan wilayah.

    #SaferShipsSecurePortsClenearSeas #MalaysiaMadani #SabahOnsoii

  • PEMATUHAN KEPADA POLISI KESELAMATAN SIBER JABATAN LAUT MALAYSIA (PKS JLM) versi 1.1

    PEMATUHAN KEPADA POLISI KESELAMATAN SIBER JABATAN LAUT MALAYSIA (PKS JLM) versi 1.1

    Adalah dimaklumkan, Polisi Keselamatan Siber Jabatan Laut Malaysia versi 1.1 mengandungi peraturan-peraturan yang perlu dibaca dan dipatuhi oleh pembekal, pakar runding dan pihak yang mempunyai urusan dengan perkhidmatan yang ditawarkan di JLM. POLIS KESELAMATAN SIBER Perhatian dan kerjasama daripada Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
  • BENGKEL CADANGAN PENGUKUHAN SEMULA STRUKTUR ORGANISASI JABATAN LAUT MALAYSIA

    BENGKEL CADANGAN PENGUKUHAN SEMULA STRUKTUR ORGANISASI JABATAN LAUT MALAYSIA

    KLANG, 6 Mac 2024 – YBrs. Kapten Mohamad Halim Bin Ahmed, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah menghadiri dan menyempurnakan perasmian Bengkel Cadangan Pengukuhan Semula Organisasi JLM yang diadakan di Wyndham Acmar Hotel, Klang.

    Bengkel yang diadakan pada 5-6 Mac 2024 ini bertujuan untuk menilai, memurnikan serta mempertimbangkan penstrukturan semula organisasi dan perjawatan berdasarkan kepada penyusunan fungsi serta peranan sektor, bahagian dan unit di JLM dalam melaksanakan fungsi dan peranan Jabatan.

    Ketua Pengarah Laut dalam ucapan amanat beliau menyeru peserta bengkel untuk memurnikan struktur organisasi supaya lebih praktikal dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif agar dapat merangsang produktiviti Jabatan.

    Taklimat Penstrukturan telah disampaikan oleh En. Saddam Husain Bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan, Unit Pembangunan Organisasi, BPSM, MOT.

    Pada hari kedua bengkel, para peserta meneliti dan menyemak semula agihan perjawatan agar menepati keperluan dalam pelaksanan fungsi di bahagian-bahagian yang berkenaan. Tumpuan diberikan kepada bahagian yang terlibat dengan ‘Core Business’ JLM. Cadangan Pengukuhan Semula Struktur Organisasi JLM dijangka akan diangkat ke MOT dan seterusnya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    Bengkel selama dua (2) hari ini turut disertai oleh Kapten Abdul Samad Bin Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Operasi), Encik Nordin Bin Mohamadin, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Perancangan), Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Unit dan Pegawai Kanan JLM.

  • KOMITMEN MALAYSIA DALAM SESI KE-10 SUB-COMMITTEE ON HUMAN ELEMENT, TRAINING AND WATCHKEEPING (HTW10) IMO

    KOMITMEN MALAYSIA DALAM SESI KE-10 SUB-COMMITTEE ON HUMAN ELEMENT, TRAINING AND WATCHKEEPING (HTW10) IMO

    Malaysia secara aktif mengambil bahagian dalam Mesyuarat HTW10, menunjukkan komitmennya yang kuat untuk meningkatkan piawaian maritim. Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada perbincangan yang berkaitan dengan Elemen Manusia, Latihan, dan Pengawasan. Delegasi Malaysia terdiri daripada En. Mohd Fairoz Bin Rozali, En. Izzat Baihaqi Bin Abu Bakar, Ts. Dr. Julyus Melvin Mobilik, Ts. Dr. Kapt. Manivannan Subramaniam, Kapt. Kenneth Khoo, Profesor Madya Dr. Md Redzuan Zoolfakar, dan En. Mohd Faisol Saad. Manakala delegasi yang hadir secara hibrid terdiri daripada En. Mohd Nurrul Faiz Mohd Taib, Pn. Nur Farahin Mohd Zaid, dan Kapt. Khalid Mohamad.

    Kehadiran Malaysia dalam mesyuarat tersebut menunjukkan keazaman untuk memajukan aspek teknikal industri maritim. Perbincangan tertumpu pada penyemakan menyeluruh Konvensyen dan Kod STCW untuk mengatasi cabaran dan kemajuan teknologi yang berkembang. Ini sejajar dengan matlamat strategik Malaysia untuk meningkatkan keupayaan pelaut secara global. Mesyuarat juga mengambil kira penyediaan latihan berasingan untuk pelaut yang bekerja di kapal yang menggunakan bahan bakar alternatif, seperti bateri. Mesyuarat menekankan kepentingan penyediaan latihan dan pendidikan yang mencukupi untuk membolehkan pelaut menyesuaikan diri dengan bahan bakar alternatif. Mereka menekankan keperluan pembangunan kursus dan program pensijilan baharu untuk melengkapi pelaut dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan. Selain itu, wakil-wakil delegasi mencadangkan pembentukan pangkalan data global untuk memantau dan menilai latihan dan pensijilan pelaut berkenaan dengan bahan bakar alternatif. Ini akan menyumbang kepada pemantauan yang lebih baik terhadap kesediaan pelaut untuk cabaran yang berkaitan dengan bekerja di kapal tersebut.

    Penyertaan aktif Malaysia dalam Mesyuarat HTW10 mencerminkan keinginannya untuk membentuk piawaian antarabangsa, menggunapakai amalan terbaik, dan menetapkan dirinya sebagai peserta yang bertanggungjawab dan berpengetahuan dalam industri maritim. Dengan kekal di barisan hadapan perkembangan latihan berkualiti, Malaysia mempamerkan komitmennya kepada kecemerlangan. Selain itu, penyertaan ini menunjukkan kesediaan Malaysia untuk berkolaborasi dengan negara lain untuk menyelaraskan amalan-amalnya dengan piawaian global terkini. Ini juga mencerminkan pendekatan proaktif Malaysia dalam membentuk masa depan peraturan maritim dan menonjolkan keazamannya untuk mengekalkan piawaian keselamatan, kecekapan, dan inovasi tertinggi dalam sektor maritim.

  • LAWATAN TEKNIKAL OLEH WAKIL UNITED NATIONS ECONOMIC AND SOCIAL COMMISSION FOR ASIA AND THE PACIFIC (UNESCAP) KE IBU PEJABAT LAUT, JABATAN LAUT MALAYSIA

    LAWATAN TEKNIKAL OLEH WAKIL UNITED NATIONS ECONOMIC AND SOCIAL COMMISSION FOR ASIA AND THE PACIFIC (UNESCAP) KE IBU PEJABAT LAUT, JABATAN LAUT MALAYSIA

    Pelabuhan Klang – YBrs. Kapten Abdul Samad Bin Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah menerima kunjungan dan lawatan teknikal oleh wakil daripada UNESCAP iaitu Mr Fedor Komitlitsyn, Mr. Sooyeob Kim dan Commander Ang Chin Hup. Lawatan teknikal ke JLM adalah bertujuan untuk melakukan perkongsian berkenaan peranan serta projek yang telah dilaksanakan oleh UNESCAP terutamanya di dalam projek berkenaan autonomous shipping.

    YBrs. Kapten Abdul Samad turut menyatakan kesediaan JLM untuk berkolaborasi bersama UNESCAP untuk melaksanakan projek-perintis yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Wakil UNESCAP turut dibawa melawat ke pusat kawalan VTS Klang, Menara Dius Api bagi melihat keadaan pengoperasian VTS yang mengawal dan menyelia keselamatan pelayaran di Selat Melaka yang merupakan antara selat pelayaran yang sibuk. Hampir 80,000 buah kapal berlayar melalui Selat Melaka setiap tahun dengan pengawasan oleh petugas-petugas di pusat kawalan VTS Klang.

    Turut hadir bersama adalah Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua Unit dan pegawai dari Ibu Pejabat Laut JLM.

  • MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, TAKLIMAT PEMANTAPAN TATAKELOLA MENANGANI RASUAH & KETIRISAN DAN IKRAR BEBAS RASUAH JABATAN LAUT MALAYSIA

    MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, TAKLIMAT PEMANTAPAN TATAKELOLA MENANGANI RASUAH & KETIRISAN DAN IKRAR BEBAS RASUAH JABATAN LAUT MALAYSIA

    PELABUHAN KLANG, 5 Februari 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan, Taklimat Pemantapan Tatakelola Menangani Rasuah & Ketirisan dan Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Laut Malaysia telah diadakan di Dewan Auditorium Aras 5, Menara Dius Api, Ibu Pejabat Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM). Majlis tersebut merupakan anjuran Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) dengan kerjasama Unit Integriti (UI) Ibu Pejabat Laut.

    Pada Majlis Perhimpunan Bulanan, YBrs. Kapten Mohamad Halim Bin Ahmed, Ketua Pengarah Laut, menggesa warga kerja JLM untuk terus meningkatkan mutu kerja dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh selaras dengan hasrat kerajaan. Pada majlis sama, Ketua Pengarah Laut telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Unit Pengurusan Kewangan dan Akaun Amanah (UPKAA) dan Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) atas Pencapaian 100% Pembayaran Bil dan Tuntutan Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Sepanjang Tahun 2023. Ketua Pengarah Laut turut mengucapkan tahniah atas kejayaan JLM memperolehi Pensijilan Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013 (ISMS).

    Usai Majlis Perhimpunan Bulanan, majlis diteruskan dengan Taklimat Pemantapan Tatakelola Menangani Rasuah & Ketirisan yang disampaikan oleh Encik Rosmadi Bin Kasim, Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor.

    Lafaz Ikrar Bebas Rasuah juga telah dizahirkan oleh warga kerja JLM yang diketuai oleh Ketua Pengarah Laut diikuti Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disaksikan oleh YBhg. Timbalan Pesuruhjaya Dato’ Haji Alias Bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor. Lafaz Ikrar dan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah ini merupakan bukti warga JLM komited dalam memerangi rasuah.

    Ketua Pengarah Laut dalam ucapan beliau menyeru warga JLM supaya mengambil prinsip amanah dan integriti sebagai paksi utama dalam memenuhi tanggungjawab dengan tadbir urus dan tatakelola yang baik selari dengan citra Malaysia Madani.

    Turut hadir pada majlis ini ialah Pengurusan Tertinggi JLM, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Wilayah, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Dius Api (LDA), dan Ahli Jawatankuasa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) dan seluruh warga kerja JLM.

  • KUNJUNGAN YB TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN KE MV SABIK JABATAN LAUT MALAYSIA W.P. LABUAN

    KUNJUNGAN YB TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN KE MV SABIK JABATAN LAUT MALAYSIA W.P. LABUAN

    YB Datuk Haji Hasbi Bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, telah berkunjung dan menaiki bot katamaran MV Sabik milik Jabatan Laut Malaysia W.P Labuan bersama delegasi Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pengarah JPJ Sarawak. YB Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia bersama delegasi berkesempatan merasai pelayaran bersama MV Sabik bermula dari Terminal Pejabat Laut Limbang untuk melawat kawasan dan meninjau aktiviti penduduk setempat di sungai dan laut serta beberapa projek yang sedang dalam perancangan untuk pembangunan Parlimen Limbang. YB Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia dan delegasi turut dibawa melawat pelampung pandu dibawah seliaan Lembaga Boya dan Api Sarawak.

    Turut hadir mengiringi YB Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia dan delegasi ialah En. Mohd Hisham Bin Rubani, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Operasi Maritim, Ibu Pejabat Laut, En. Ahmad Zawawi Bin Saharuddin, Timbalan Pengarah Jabatan Laut Malaysia W.P. Labuan, En. Syahrizan Bin Jili, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sarawak Timur, serta pegawai Jabatan Laut Malaysia.

    Terlebih dahulu Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak, Bahagian Timur, Limbang bersama Jabatan Laut Malaysia W.P. Labuan telah melaksanakan operasi bersama bagi Kempen Keselamatan Bot dan Feri Penumpang di perairan Limbang untuk memastikan pemilik lesen bot dan feri penumpang mematuhi peraturan dan keperluan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

  • PROGRAM WALK WITH KETUA PENGARAH LAUT

    PROGRAM WALK WITH KETUA PENGARAH LAUT

    PELABUHAN KLANG, 1 Februari 2024 – Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM), Ibu Pejabat Laut dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat Laut (KSKIPL) telah menganjurkan Program Walk with Ketua Pengarah Laut.

    Program ini merupakan salah satu aspirasi daripada YBrs. Kapten Mohamad Halim Bin Ahmed, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia selaras dengan Teras 1 Agenda Nasional Malaysia Sihat untuk mempromosi pembudayaan hidup sihat secara bersepadu dan meluas demi kesejahteraan mental dan fizikal warga kerja Ibu Pejabat Laut.

    Ketua Pengarah Laut turut mengambil bahagian dalam aktiviti berjalan kaki ini sejauh 1 kilometer. Menurut beliau, program ini dianjurkan bagi menggalakkan warga kerja Jabatan Laut Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal yang baik.

Warga JLM

Warga Awam

Langgan