Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) telah dirasmikan pada 22 Jun 2009 dan terletak di Pulau Indah, Selangor.
MATRAIN ditubuhkan sebagai pusat latihan kakitangan Jabatan Laut Malaysia, agensi kerajaan termasuk swasta yang terlibat secara langsung dengan industri maritim. MATRAIN merupakan komponen penting dalam merealisasikan aspirasi Jabatan Laut Malaysia untuk melahirkan kakitangan yang berpengetahuan, cekap dan berkemahiran tinggi.
Matlamat tunggal MATRAIN adalah untuk menjalankan latihan dan penyelidikan dalam bidang pengangkutan maritim.
MATRAIN juga adalah salah sebuah Institut Latihan Awam (ILA) yang menawarkan sewaan fasiliti kepada agensi kerajaan dan swasta di bawah Projek Sistem Tempahan Fasiliti Kerajaan (MyTC) diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengikut kadar sewaan yang telah ditetapkan.