Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN)

Pengenalan

Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) telah dirasmikan pada 22 Jun 2009 dan terletak di Pulau Indah, Selangor.

MATRAIN ditubuhkan sebagai pusat latihan kakitangan Jabatan Laut Malaysia, agensi kerajaan termasuk swasta yang terlibat secara langsung dengan industri maritim. MATRAIN merupakan komponen penting dalam merealisasikan aspirasi Jabatan Laut Malaysia untuk melahirkan kakitangan yang berpengetahuan, cekap dan berkemahiran tinggi.

Matlamat tunggal MATRAIN adalah untuk menjalankan latihan dan penyelidikan dalam bidang pengangkutan maritim.

MATRAIN juga adalah salah sebuah Institut Latihan Awam (ILA) yang menawarkan sewaan fasiliti kepada agensi kerajaan dan swasta di bawah Projek Sistem Tempahan Fasiliti Kerajaan (MyTC) diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengikut kadar sewaan yang telah ditetapkan.

Pencapaian

The Enhanced Vessel Traffic Service (VTS) Operator Training Project for ASEAN

Projek latihan operator VTS ASEAN yang disokong oleh Kerajaan Jepun melalui Japan-ASEAN Integration Fund (JAIF), dengan latihan e-learning dan bersemuka di ARTV/MATRAIN.

Muat Turun PDF
Maklumat untuk Dihubungi
Pengarah MATRAINRahayu Binti Rajali
AlamatInstitut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Jabatan Laut Malaysia, Persiaran Nakhoda Ks/11, Pulau Indah, 42920 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan
Telefon(6)03- 3326 5555 / 3326 5500
Faks(6)03-3101 3085
Emelrahayu@marine.gov.my / ilpl@marine.gov.my
Fasiliti & Portal

Kadar Sewaan Fasiliti MATRAIN

Pautan akan dikemaskini

Sistem Tempahan Fasiliti Kerajaan (MyTC)

Akses portal rasmi tempahan fasiliti kerajaan.

Ke Portal MyTC
Pegawai Urusan Sewaan Fasiliti
Nama & JawatanHubungan
Norhalim Bin Idris
Penolong Jurutera (Kanan)
No. Telefon: 03 3326 5583
Emel: norhalim@marine.gov.my
Ahmad Syahiran Bin Muhamad
Penolong Pegawai Tadbir
No. Telefon: 03 3326 5516
Emel: ahmadsyahiran@marine.gov.my

Warga JLM

Warga Awam

Langgan