Peneraju Sistem Pengangkutan Maritim.
Menetapkan Sistem Pengangkutan Maritim Berdasarkan Pembangunan dan Pemantauan Standard Peringkat Nasional dan Antarabangsa.
Safer Ships, Secure Ports, Cleaner Seas.
Memacu Pertumbuhan Maritim Kebangsaan Yang Berkualiti Melalui Pemerkasaan Sistem Pengangkutan Maritim Yang Selamat, Sistematik dan Perlindungan Persekitaran Marin.
Kami sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua masyarakat perkapalan bagi mempertingkatkan keselamatan Sistem Perhubungan Laut.
Setiap perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Laut Malaysia disusun dengan sasaran masa pemprosesan yang jelas serta tahap ketersediaan infrastruktur yang tinggi, selari dengan piawaian nasional dan antarabangsa.
Menentukan kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa 1 minggu dari tarikh permohonan diterima.
Melaksanakan proses pengauditan ke atas syarikat pengurus kapal mengikut Sistem Pengurusan Kapal yang digunapakai dalam tempoh 3 bulan mulai tarikh permohonan audit diluluskan sehingga ketakuran terakhir ditutup sepenuhnya.
Memproses dan mengeluarkan sijil dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
Memastikan ketersediaan rumah api sekurang-kurangnya 99% bagi menyokong keselamatan pelayaran.
Memastikan ketersediaan tandarah suar sekurang-kurangnya 98% sebagai panduan utama laluan pelayaran.
Memastikan ketersediaan pelampung pandu berlampu sekurang-kurangnya 97% di laluan-laluan kritikal.
Memproses dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Kapal dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
Jabatan Laut Malaysia bertekad menyediakan perkhidmatan pengangkutan maritim yang berkualiti dengan memenuhi keperluan peraturan dan perundangan untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan mencapai penambahbaikan sistem pengurusan kualiti secara berterusan.
Dalam pelaksanaan dasar kualiti, JLM menekankan terhadap memenuhi semua keperluan pihak berkepentingan serta memastikan penambahbaikan berterusan dalam keberkesanan sistem pengurusan kualiti. JLM menetapkan objektif-objektif kualiti yang bersesuaian dengan skop pelaksanaan MS ISO 9001:2015. Objektif ini ditetapkan dan dibincangkan setiap tahun dalam mesyuarat kajian semula pengurusan.
Memastikan keberkesanan alat bantuan pelayaran (availability / reliability) mengikut panduan International Association of Lighthouse Authorities (IALA):
Mencapai skor purata penilaian tidak kurang daripada 7.5 dalam skala 1 hingga 10 bagi: