[gtranslate]
FAQ Hubungi Kami Maklum Balas Peta Laman

Pengarang: Arin Danish Abdullah

  • 16TH CO-OPERATION FORUM: MALAYSIA PRIORITIZES ADVANCING NEXT-GENERATION NAVIGATION SERVICES IN THE STRAIT OF MALACCA

    16TH CO-OPERATION FORUM: MALAYSIA PRIORITIZES ADVANCING NEXT-GENERATION NAVIGATION SERVICES IN THE STRAIT OF MALACCA

    PENANG, 1 October 2025 – Datuk Haji Dickson Bin Dollah, Director General of the Malaysia Marine Department (MMD), outlined Malaysia’s priorities in advancing next-generation navigation services, developing decarbonisation initiatives, and strengthening the maritime community with greater roles for women and youth in his keynote address at the 16th Co-operation Forum (CF16), held from 29 – 30 September 2025 (Monday – Tuesday) in Penang, Malaysia.

    The CF is one of the three pillars under the Co-operative Mechanism on Safety of Navigation and Environmental Protection in the Straits of Malacca and Singapore (SOMS), which was first launched by the International Maritime Organization (IMO) in September 2007. The other two pillars are the Project Co-ordination Committee (PCC) and the Aids to Navigation (ATON) Fund.

    Also present were Mr. Hernadi Tri Cahyanto, Director of Navigation, Directorate General of Sea Transportation, Republic of Indonesia, and Mr. Ang Wee Keong, Chief Executive, Maritime and Port Authority of Singapore, together with their respective delegations.

  • KETUA PENGARAH LAUT, JABATAN LAUT MALAYSIA YANG BAHARU MASUK KE PEJABAT SECARA RASMI

    KETUA PENGARAH LAUT, JABATAN LAUT MALAYSIA YANG BAHARU MASUK KE PEJABAT SECARA RASMI

    PELABUHAN KLANG, 14 Oktober 2024 – YBrs. Tuan Haji Dickson Bin Dollah, Ketua Pengarah Laut telah masuk ke pejabat secara rasmi hari ini. Beliau tiba di Ibu Pejabat Laut Malaysia, Menara Dius Api, Pelabuhan Klang dan disambut oleh YBrs. Kapten Abdul Samad Bin Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Operasi), Lt. Kol. Bersekutu (PA) Raja a/l Chinaya@Sinniah, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, dan Encik Yusnan Bin Abdul Rani, Ketua Unit Korporat.

    Sejurus selepas tiba, beliau dibawa melawat ke “Vessel Traffic Services” (VTS), pejabat, dan fasiliti di Menara Dius Api.

    YBrs. Tuan Haji Dickson Bin Dollah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia berkuatkuasa 8 Oktober 2024. JLM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada YBrs. Tuan Haji Dickson Bin Dollah.

  • HARI MARITIM SEDUNIA 2024 – MENARA DIUS API BERMANDI CAHAYA BIRU BUAT KALI PERTAMA

    HARI MARITIM SEDUNIA 2024 – MENARA DIUS API BERMANDI CAHAYA BIRU BUAT KALI PERTAMA

    Menara Dius Api, Ibu Pejabat, Jabatan Laut Malaysia (JLM) Pelabuhan Kelang bermandi cahaya biru buat kali pertama sejak diduduki pada Januari 2024 sebagai tanda meraikan tema Hari Maritim Sedunia 2024 iaitu “Navigating the future: safety first!”. Masyarakat perkapalan dunia menyambut Hari Maritim Sedunia 2024 pada 26 September 2024 (Khamis) hari ini namun Malaysia telahpun meraikan detik ini dengan mengadakan sambutan Malaysia Maritime Week 2024 pada tarikh yang lebih awal iaitu pada 30 Julai – 2 Ogos 2024 (Selasa – Jumaat) bulan lalu.

    September 26, 2024 (Thursday)

    WORLD MARITIME DAY 2024 – MENARA DIUS API BATHED IN BLUE LIGHT FOR THE FIRST TIME

    Menara Dius Api, Malaysia Marine Department (MMD) Headquarters, Port Klang bathed in blue light for the first time since it was occupied in January 2024 as a sign of celebrating the World Maritime Day 2024 theme which is “Navigating the future: safety first!”. The world shipping community celebrated World Maritime Day 2024 on September 26, 2024 (Thursday) today, but Malaysia has already celebrated the occasion by holding the Malaysia Maritime Week 2024 on an earlier date which was on 30 July – 2 August 2024 (Tuesday – Friday) last month.

    #WorldMaritimeDay #NavigatingTheFuture #SafetyFirst #SaferShipsSecurePortsCleanerSeas #MalaysiaMadani

  • WORLD MARITIME DAY 2024 NAVIGATING THE FUTURE: SAFETY FIRST!

    WORLD MARITIME DAY 2024 NAVIGATING THE FUTURE: SAFETY FIRST!

    A message from Arsenio Dominguez Secretary-General, International Maritime Organization

    When we think about safety in maritime, the International Convention for the Safety of Life at Sea (SOLAS) is one of the first things that comes to mind. 2024 marks 50 years since the treaty was adopted. We can be proud of the crucial role this Convention has played in setting international safety standards for ship construction, equipment and operation, preventing maritime disasters and protecting lives.

    But we cannot be complacent.

     This year’s World Maritime Day theme: “Navigating the future: safety first!” calls for collective effort to ensure we keep pace with the ongoing transformation in shipping.

    And at IMO, we must ensure the continued development and implementation of the regulatory regime to prioritize safety as we steer towards tomorrow.

    I encourage all stakeholders to mark this year’s World Maritime Day on 26 September and invite you to join the conversation online using the hashtag #WorldMaritimeDay.

    Let us all work to navigate the future with safety first!

    Watch IMO Secretary-General Arsenio Dominguez video message on the World Maritime Day theme 2024: https://www.youtube.com/watch?v=A2dpnIdXMuQ

  • TEMASYA SUKAN JABATAN LAUT MALAYSIA KALI KE-10 WILAYAH SABAH 2024

    TEMASYA SUKAN JABATAN LAUT MALAYSIA KALI KE-10 WILAYAH SABAH 2024

    KOTA KINABALU, 22 September 2024 – Majlis Perasmian Temasya Sukan JLM telah disempurnakan oleh YBrs. Kapten Abdul Samad Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Operasi) pada 20 September 2024 (Jumaat) bertempat di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS).

    Temasya Sukan JLM Kali Ke-10 yang berlangsung pada 19-22 September 2024 ini telah disertai oleh hampir 800 orang atlet terdiri daripada lapan kontinjen masing-masing daripada Ibu Pejabat Laut Malaysia, JLM Wilayah Sabah, JLM Wilayah Sarawak, JLM Wilayah Persekutuan Labuan, JLM Wilayah Utara, JLM Wilayah Timur, JLM Wilayah Selatan dan JLM Wilayah Tengah.

    Temasya Sukan JLM yang diadakan dwi-tahunan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan disamping mengeratkan hubungan sillaturrahim dikalangan warga JLM.

    Terdapat 22 acara pelbagai kategori yang dipertandingkan sepanjang Temasya Sukan JLM ini berlangsung antaranya ialah Golf, Memanah, Ping Pong, Snooker, Pool, Boling, Bola Tampar, Renang, Badminton, Olaharaga, Acara Padang, E-Sport, Dart, Karom, Bola Jaring, Sepak Takraw, Petanque dan Bola Sepak yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nexus Golf Resort Karambunai, Dewan Hakka Likas, Cupid Champion Penampang, Strike Bowl Sutra Harbour, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah & Arena Sukan Likas.

    Secara keseluruhannya, kontinjen JLM Wilayah Sabah sekali lagi telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Temasya Sukan JLM Kali Ke-10 ini dengan 17 Emas, 10 Perak dan 8 Gangsa diikuti dengan Kontinjen Ibu Pejabat Laut Malaysia dengan 9 Emas, 14 Perak dan 12 Gangsa. Turut diberi penganugerahan kepada Tuan Mohd Sharul Bin Mat Ripin daripada JLM Wilayah Utara sebagai Olahrawagan dan Puan Rapija Binti Usul daripada JLM Wilayah Sabah sebagai Olahragawati.

    Majlis Penutupan Temasya Sukan Jabatan Laut Malaysia (JLM) Kali Ke-10 telah disempurnakan oleh Tn. Norjipin Bin Saidi, Pengarah Bahagian Keselamatan Sekuriti Alam Sekitar (BKSAS) yang mewakili YBrs. Kapten Abdul Samad Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Operasi) bertempat di Ball Room Sipadan 1, Sabah International Convention Center (SICC), Kota Kinabalu Sabah.

    Temasya Sukan JLM Kali Ke-11 pada Tahun 2026 akan menyaksikan JLM Wilayah Selatan sebagai tuan rumah. JLM Wilayah Sabah selaku Tuan Rumah Temasya Sukan JLM kali ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kontinjen Ibu Pejabat Laut dan wilayah.

    #SaferShipsSecurePortsClenearSeas #MalaysiaMadani #SabahOnsoii

  • PEMATUHAN KEPADA POLISI KESELAMATAN SIBER JABATAN LAUT MALAYSIA (PKS JLM) versi 1.1

    PEMATUHAN KEPADA POLISI KESELAMATAN SIBER JABATAN LAUT MALAYSIA (PKS JLM) versi 1.1

    Adalah dimaklumkan, Polisi Keselamatan Siber Jabatan Laut Malaysia versi 1.1 mengandungi peraturan-peraturan yang perlu dibaca dan dipatuhi oleh pembekal, pakar runding dan pihak yang mempunyai urusan dengan perkhidmatan yang ditawarkan di JLM. POLIS KESELAMATAN SIBER Perhatian dan kerjasama daripada Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
  • BENGKEL CADANGAN PENGUKUHAN SEMULA STRUKTUR ORGANISASI JABATAN LAUT MALAYSIA

    BENGKEL CADANGAN PENGUKUHAN SEMULA STRUKTUR ORGANISASI JABATAN LAUT MALAYSIA

    KLANG, 6 Mac 2024 – YBrs. Kapten Mohamad Halim Bin Ahmed, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah menghadiri dan menyempurnakan perasmian Bengkel Cadangan Pengukuhan Semula Organisasi JLM yang diadakan di Wyndham Acmar Hotel, Klang.

    Bengkel yang diadakan pada 5-6 Mac 2024 ini bertujuan untuk menilai, memurnikan serta mempertimbangkan penstrukturan semula organisasi dan perjawatan berdasarkan kepada penyusunan fungsi serta peranan sektor, bahagian dan unit di JLM dalam melaksanakan fungsi dan peranan Jabatan.

    Ketua Pengarah Laut dalam ucapan amanat beliau menyeru peserta bengkel untuk memurnikan struktur organisasi supaya lebih praktikal dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif agar dapat merangsang produktiviti Jabatan.

    Taklimat Penstrukturan telah disampaikan oleh En. Saddam Husain Bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan, Unit Pembangunan Organisasi, BPSM, MOT.

    Pada hari kedua bengkel, para peserta meneliti dan menyemak semula agihan perjawatan agar menepati keperluan dalam pelaksanan fungsi di bahagian-bahagian yang berkenaan. Tumpuan diberikan kepada bahagian yang terlibat dengan ‘Core Business’ JLM. Cadangan Pengukuhan Semula Struktur Organisasi JLM dijangka akan diangkat ke MOT dan seterusnya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    Bengkel selama dua (2) hari ini turut disertai oleh Kapten Abdul Samad Bin Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Operasi), Encik Nordin Bin Mohamadin, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Perancangan), Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Unit dan Pegawai Kanan JLM.

  • KOMITMEN MALAYSIA DALAM SESI KE-10 SUB-COMMITTEE ON HUMAN ELEMENT, TRAINING AND WATCHKEEPING (HTW10) IMO

    KOMITMEN MALAYSIA DALAM SESI KE-10 SUB-COMMITTEE ON HUMAN ELEMENT, TRAINING AND WATCHKEEPING (HTW10) IMO

    Malaysia secara aktif mengambil bahagian dalam Mesyuarat HTW10, menunjukkan komitmennya yang kuat untuk meningkatkan piawaian maritim. Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada perbincangan yang berkaitan dengan Elemen Manusia, Latihan, dan Pengawasan. Delegasi Malaysia terdiri daripada En. Mohd Fairoz Bin Rozali, En. Izzat Baihaqi Bin Abu Bakar, Ts. Dr. Julyus Melvin Mobilik, Ts. Dr. Kapt. Manivannan Subramaniam, Kapt. Kenneth Khoo, Profesor Madya Dr. Md Redzuan Zoolfakar, dan En. Mohd Faisol Saad. Manakala delegasi yang hadir secara hibrid terdiri daripada En. Mohd Nurrul Faiz Mohd Taib, Pn. Nur Farahin Mohd Zaid, dan Kapt. Khalid Mohamad.

    Kehadiran Malaysia dalam mesyuarat tersebut menunjukkan keazaman untuk memajukan aspek teknikal industri maritim. Perbincangan tertumpu pada penyemakan menyeluruh Konvensyen dan Kod STCW untuk mengatasi cabaran dan kemajuan teknologi yang berkembang. Ini sejajar dengan matlamat strategik Malaysia untuk meningkatkan keupayaan pelaut secara global. Mesyuarat juga mengambil kira penyediaan latihan berasingan untuk pelaut yang bekerja di kapal yang menggunakan bahan bakar alternatif, seperti bateri. Mesyuarat menekankan kepentingan penyediaan latihan dan pendidikan yang mencukupi untuk membolehkan pelaut menyesuaikan diri dengan bahan bakar alternatif. Mereka menekankan keperluan pembangunan kursus dan program pensijilan baharu untuk melengkapi pelaut dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan. Selain itu, wakil-wakil delegasi mencadangkan pembentukan pangkalan data global untuk memantau dan menilai latihan dan pensijilan pelaut berkenaan dengan bahan bakar alternatif. Ini akan menyumbang kepada pemantauan yang lebih baik terhadap kesediaan pelaut untuk cabaran yang berkaitan dengan bekerja di kapal tersebut.

    Penyertaan aktif Malaysia dalam Mesyuarat HTW10 mencerminkan keinginannya untuk membentuk piawaian antarabangsa, menggunapakai amalan terbaik, dan menetapkan dirinya sebagai peserta yang bertanggungjawab dan berpengetahuan dalam industri maritim. Dengan kekal di barisan hadapan perkembangan latihan berkualiti, Malaysia mempamerkan komitmennya kepada kecemerlangan. Selain itu, penyertaan ini menunjukkan kesediaan Malaysia untuk berkolaborasi dengan negara lain untuk menyelaraskan amalan-amalnya dengan piawaian global terkini. Ini juga mencerminkan pendekatan proaktif Malaysia dalam membentuk masa depan peraturan maritim dan menonjolkan keazamannya untuk mengekalkan piawaian keselamatan, kecekapan, dan inovasi tertinggi dalam sektor maritim.

  • LAWATAN TEKNIKAL OLEH WAKIL UNITED NATIONS ECONOMIC AND SOCIAL COMMISSION FOR ASIA AND THE PACIFIC (UNESCAP) KE IBU PEJABAT LAUT, JABATAN LAUT MALAYSIA

    LAWATAN TEKNIKAL OLEH WAKIL UNITED NATIONS ECONOMIC AND SOCIAL COMMISSION FOR ASIA AND THE PACIFIC (UNESCAP) KE IBU PEJABAT LAUT, JABATAN LAUT MALAYSIA

    Pelabuhan Klang – YBrs. Kapten Abdul Samad Bin Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah menerima kunjungan dan lawatan teknikal oleh wakil daripada UNESCAP iaitu Mr Fedor Komitlitsyn, Mr. Sooyeob Kim dan Commander Ang Chin Hup. Lawatan teknikal ke JLM adalah bertujuan untuk melakukan perkongsian berkenaan peranan serta projek yang telah dilaksanakan oleh UNESCAP terutamanya di dalam projek berkenaan autonomous shipping.

    YBrs. Kapten Abdul Samad turut menyatakan kesediaan JLM untuk berkolaborasi bersama UNESCAP untuk melaksanakan projek-perintis yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Wakil UNESCAP turut dibawa melawat ke pusat kawalan VTS Klang, Menara Dius Api bagi melihat keadaan pengoperasian VTS yang mengawal dan menyelia keselamatan pelayaran di Selat Melaka yang merupakan antara selat pelayaran yang sibuk. Hampir 80,000 buah kapal berlayar melalui Selat Melaka setiap tahun dengan pengawasan oleh petugas-petugas di pusat kawalan VTS Klang.

    Turut hadir bersama adalah Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua Unit dan pegawai dari Ibu Pejabat Laut JLM.

Warga JLM

Warga Awam

Langgan