[gtranslate]
FAQ Hubungi Kami Maklum Balas Peta Laman

Pengarang: Arin Danish Abdullah

  • KETUA PENGARAH LAUT HADIRI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN MOT 2026

    KETUA PENGARAH LAUT HADIRI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN MOT 2026

    PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 – YBhg. Datuk Haji Dickson bin Dollah, Ketua Pengarah Laut, telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Bulan Kebangsaan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Tahun 2026 yang berlangsung pada 13 Ogos 2026 di Dewan Sentral RAC, Kementerian Pengangkutan, Putrajaya.

    Majlis yang disempurnakan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan itu menghimpunkan Pengurusan Tertinggi serta warga MOT dan jabatan/agensi di bawahnya dalam menyemarakkan semangat patriotisme bersempena Bulan Kebangsaan.

    Antara pengisian utama majlis ialah peluncuran beberapa inisiatif MOT, penyampaian sijil penghargaan, Sesi Penyerahan Kenderaan kepada Jabatan dan Agensi di bawah MOT, serta acara Kibarkan Jalur Gemilang.

    Jabatan Laut Malaysia (JLM) terus komited mendukung aspirasi Kerajaan dengan memperkukuh tekad untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, responsif dan berkesan kepada rakyat dan negara.

  • MALAYSIA–JEPUN PERKUKUH KERJASAMA MENERUSI LAWATAN MENTERI MLIT JEPUN KE MATRAIN

    MALAYSIA–JEPUN PERKUKUH KERJASAMA MENERUSI LAWATAN MENTERI MLIT JEPUN KE MATRAIN

    PELABUHAN KLANG, 14 Ogos 2026 – Hubungan erat Malaysia dan Jepun dalam sektor pengangkutan terus diperkukuh menerusi lawatan TYT Kaneko Yasushi, Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT), Jepun bersama delegasi ke Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Jabatan Laut Malaysia (JLM).

    Ketibaan TYT Menteri dan delegasi Jepun telah disambut oleh YBhg. Datuk Haji Dickson bin Dollah, Ketua Pengarah Laut, bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Kanan JLM, wakil MATRAIN serta tetamu jemputan.

    Lawatan tersebut merupakan kesinambungan kepada usaha mempererat hubungan dua hala Malaysia–Jepun, khususnya dalam bidang pembangunan kapasiti, perkongsian kepakaran serta penerokaan peluang kerjasama yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara.

    Sepanjang lawatan, TYT Menteri dan delegasi telah dibawa meninjau MV PEDOMAN serta Pusat Simulator Anjungan Kapal, sekali gus memberi peluang kepada delegasi melihat dengan lebih dekat kemudahan latihan dan pembangunan kompetensi yang disediakan oleh JLM menerusi MATRAIN.

    Kunjungan ini turut mencerminkan hubungan baik dan komitmen berterusan antara Malaysia dan Jepun dalam memperluas perkongsian kepakaran, pengetahuan dan pengalaman, selaras dengan aspirasi kedua-dua negara untuk membangunkan sektor pengangkutan laut yang semakin selamat, mampan dan berdaya tahan.

    JLM komited untuk terus memainkan peranan dalam menyokong agenda Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi memperkukuh kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa, termasuk MLIT Jepun, demi kemajuan sektor pengangkutan laut dan kepentingan bersama Malaysia–Jepun.

  • KURSUS AI MASTERCLASS: AI FOR GOVERNMENT PRODUCTIVITY ANJURAN MOT

    KURSUS AI MASTERCLASS: AI FOR GOVERNMENT PRODUCTIVITY ANJURAN MOT

    PUTRAJAYA, 16 Ogos 2026 – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Kursus AI Masterclass: AI for Government Productivity bertempat di Hotel DoubleTree.

    Majlis perasmian bagi kursus berskala eksekutif ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha MOT.

    Program yang dikendalikan dengan kerjasama Pepper Labs Sdn Bhd ini bertujuan untuk memperkasakan produktiviti serta melengkapkan warga kerja dengan pengetahuan praktikal berkaitan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Modul kursus merangkumi aplikasi AI di tempat kerja, privasi data, serta tadbir urus AI yang bertanggungjawab dalam sektor awam.

    Sesi ini telah disampaikan oleh Ts. Muhd Amirul Najhan Shamsudin, pakar bidang dan pendidik kecerdasan buatan yang diiktiraf.

    Jabatan Laut Malaysia (JLM) turut menyokong inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam memperkasakan produktiviti warga kerja sektor awam menerusi penerapan teknologi AI yang bertanggungjawab.

  • MALAYSIA–JEPUN PERKUKUH KESELAMATAN TRAFIK MARITIM

    MALAYSIA–JEPUN PERKUKUH KESELAMATAN TRAFIK MARITIM

    MALAYSIA–JEPUN PERKUKUH KESELAMATAN TRAFIK MARITIM: LATIHAN VTS DITERUSKAN HINGGA 2029

    10 Februari 2026 – Jabatan Laut Malaysia (JLM) bersama Japan Coast Guard (JCG) telah memuktamadkan Mesyuarat Dua Hala di Tokyo, Jepun bagi meneruskan Program Latihan Vessel Traffic Service (VTS) di bawah JICA Knowledge Co-Creation Program (JICA KCCP) untuk tempoh 2027–2029. Sejak 2017, JCG menyokong pembangunan Operator VTS di MATRAIN selaras Pelan Strategik Pengangkutan Kuala Lumpur 2016–2025, dan program ini telah melahirkan 134 Operator VTS dari negara-negara ASEAN, Asia Selatan dan Oceania yang diperakui melalui pensijilan V103/1 dan C0103-1 Operator VTS serta diakreditasi oleh IALA.

    Delegasi enam orang JLM diketuai Kapten Nazri Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Perancangan), mengadakan lawatan rasmi dan mesyuarat di Ibu Pejabat JCG, melibatkan beberapa pengarah/pegawai kanan termasuk MATRAIN, NAVCOM, BPTBP, BOM dan Bahagian Fungsional, serta mengadakan kunjungan hormat kepada Laksamana Seguchi (Komandan JCG) dan Encik Kohno Jyun (Timbalan Ketua Pengarah MLIT, serta Pengarah Eksekutif Malacca Strait Council, Jepun. Kedua-dua pihak mengesahkan komitmen meneruskan program ini bagi memperkukuh kapasiti modal insan dan keselamatan trafik maritim serantau serta melahirkan tenaga profesional VTS yang cekap dan kompeten.

  • PENSIJILAN ISO 9001:2015 QMS

    PENSIJILAN ISO 9001:2015 QMS

    PENSIJILAN ISO 9001:2015 QMS

    PENGURUSAN DAN KAWAL SELIA MARITIM MERANGKUMI KAWALAN INDUSTRI MARITIM, PENGURUSAN OPERASI MARITIM, PENGURUSAN TRAFIK DAN BANTUAN PELAYARAN DAN PENGURUSAN PENDAFTARAN KAPAL.

    QMS 04360_11042026

  • Selamat Tahun Baharu Cina 2026

    Selamat Tahun Baharu Cina 2026

    Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada semua yang meraikan – warga JLM, komuniti maritim dan seluruh rakyat Malaysia.

    Semoga tahun ini membawa kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Jom kita terus kukuhkan perpaduan dan semangat saling menghormati, seiring aspirasi Malaysia MADANI.

    Jabatan Laut Malaysia akan terus komited memastikan keselamatan pelayaran dan perkhidmatan maritim yang terbaik untuk semua.Selamat Tahun Baru Cina – Xin Nian Kuai Le!…Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada semua yang meraikannya – ahli Jabatan Marin Malaysia (JMM), komuniti maritim, dan semua rakyat Malaysia.Semoga tahun ini membawa anda kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kemakmuran, serta kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Marilah kita terus memperkukuhkan perpaduan dan semangat saling menghormati, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.Jabatan Marin Malaysia akan terus komited untuk memastikan keselamatan maritim dan menyediakan perkhidmatan maritim terbaik untuk semua.Selamat Tahun Baru Cina! — Xin Nian Kuai Le!

  • JLM PERKUKUH KAWAL SELIA DEMI KESELAMATAN PELAYARAN

    JLM PERKUKUH KAWAL SELIA DEMI KESELAMATAN PELAYARAN

    Sempena musim perayaan dan cuti sekolah, Jabatan Laut Malaysia (JLM) terus memperketat kawal selia operasi feri bagi memastikan keselamatan pelayaran, pematuhan prosedur dan kelancaran pergerakan penumpang di terminal serta laluan utama.

    JLM menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal, patuh arahan keselamatan, dan mematuhi arahan kru serta pengendali terminal. Selamat menyambut musim perayaan dan selamat sampai ke destinasi!…PEMANTAUAN OPERASI FERI MUSIM PERAYAAN DAN CUTI SEKOLAH | JPM MENGUATKAN PENGAWASAN KAWAL SELIA UNTUK KESELAMATAN MARITIMSempena musim perayaan dan cuti sekolah, Jabatan Marin Malaysia (JMM) terus mengetatkan pengawasan kawal selia terhadap operasi feri bagi memastikan keselamatan navigasi, pematuhan prosedur dan kelancaran pergerakan penumpang di terminal dan di sepanjang laluan utama.JMM menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan mereka lebih awal, mengikuti arahan keselamatan, dan mematuhi arahan daripada kru feri dan pengendali terminal. Semoga semua orang menikmati musim perayaan dan perjalanan yang selamat ke destinasi anda!

  • Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H

    Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H

    Ketua Pengarah Laut Malaysia dan seluruh warga Jabatan Laut Malaysia (JLM) mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam; semoga bulan penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keinsafan serta memperkukuh nilai amanah dan kebersamaan.

    Selamat Berpuasa dan Salam Ramadan Al-Mubarak. …Ketua Pengarah Marin Malaysia dan semua pegawai serta kakitangan Jabatan Marin Malaysia (JMM) mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H kepada semua umat Islam di Malaysia; semoga bulan yang penuh barakah ini membawa keamanan, muhasabah, dan seterusnya memperkukuhkan nilai-nilai integriti dan perpaduan.

  • MAJLIS PERASMIAN WORLD MARINE AIDS TO NAVIGATION DAY PERINGKAT JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

    MAJLIS PERASMIAN WORLD MARINE AIDS TO NAVIGATION DAY PERINGKAT JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

    LABUAN, 4 Oktober 2025 – YBhg. Datuk Haji Dickson Bin Dollah, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah merasmikan Sambutan World Marine Aids to Navigation (WATON) Day Peringkat JLM Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir mengiringi beliau ialah Encik Alimuddin Bin Amirudin, Pengarah Laut Wilayah, JLM Wilayah Persekutuan Labuan.

    Pada majlis ini, YBhg. Datuk turut menyampaikan Certificate of Competency (CoC) Mate Domestic Less Than 500GT (Open) kepada lima (5) orang pemandu bot persendirian dan pemandu bot teksi yang berjaya menamatkan kursus. Pelbagai aktiviti menarik turut memeriahkan sambutan kali ini antaranya; Pulau Papan Kayak Race, Pertandingan pétanque pantai, Pertandingan mewarna kanak-kanak, Pertandingan video kreatif, Pertandingan reka cipta bahan kitar semula.

    Selain itu, demonstrasi menyelamat di air oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan turut mencuri perhatian para pengunjung dengan aksi pantas dan kemahiran tinggi pasukan penyelamat. Orang ramai juga berpeluang mengunjungi reruai pameran pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang turut serta memeriahkan sambutan ini, sekali gus memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan agensi-agensi Kerajaan.

    Sambutan WATON Day mula diraikan di peringkat kebangsaan sejak tahun 2019, selaras dengan pengisytiharan oleh International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authorities (IALA). Penganjuran ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan dan fungsi alat bantuan pelayarandalam memastikan keselamatan navigasi maritim.

    Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Laut, Pengarah-Pengarah Laut Wilayah, serta pegawai-pegawai Jabatan Laut Malaysia dari seluruh negara.

    OPENING CEREMONY OF THE WORLD MARINE AIDS TO NAVIGATION (WATON) DAY – MALAYSIA MARINE DEPARTMENT FEDERAL TERRITORY OF LABUAN REGION

    LABUAN, 4 October 2025 – YBhg. Datuk Haji Dickson Bin Dollah, Director General of Marine, Malaysia Marine Department (MMD), officiated the World Marine Aids to Navigation (WATON) Day Celebration for the Labuan Federal Territory Region. Accompanying him was Mr. Alimuddin Bin Amirudin, Regional Marine Director, MMD Federal Territory of Labuan.

    During the ceremony, YBhg. Datuk Haji Dickson presented the Certificate of Competency (CoC) Mate Domestic Less Than 500GT (Open) to five (5) private boat helmsman and water taxi helmsman who successfully completed the course. The celebration was enlivened with a variety of exciting activities, including the Pulau Papan Kayak Race, Beach Pétanque Competition, Children’s Colouring Contest, Creative Video Competition, and Recycling Innovation Challenge.

    In addition, a water rescue demonstration by the Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan captivated the audience with the team’s swift response and impressive rescue skills. Visitors also had the opportunity to explore exhibition booths by various government departments and agencies, offering insights into the roles and responsibilities of different organisations in the maritime and public sectors.

    The WATON Day celebration has been observed nationally since 2019, in line with the declaration by the International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authorities (IALA). The event aims to raise public awareness on the importance and function of marine aids to navigation in ensuring the safety of maritime navigation.

    Also present were Division Directors from the Marine Headquarters, Regional Marine Directors, and officers from the MMD across the country.

  • MAJLIS MAKAN MALAM & SESI TOWNHALL BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA DIUS API

    MAJLIS MAKAN MALAM & SESI TOWNHALL BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA DIUS API

    LABUAN, 3 Oktober 2025 – Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Majlis Makan Malam dan Sesi Townhall bersama YBhg. Datuk Haji Dickson Bin Dollah, Ketua Pengarah Laut merangkap Pengerusi Lembaga Dius Api.

    Dalam amanatnya, YBhg. Datuk Haji Dickson menekankan kepentingan kebertanggungjawaban, integriti dan amanah dalam kalangan warga JLM. Beliau turut menggariskan komitmen jabatan untuk terus meningkatkan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

    Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam yang mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kepimpinan tertinggi dan warga JLM.

    DINNER RECEPTION & TOWNHALL SESSION WITH THE CHAIRMAN OF THE LIGHT DUES BOARD

    LABUAN, 3 October 2025 – The Malaysia Marine Department (MMD) Federal Territory of Labuan hosted a Dinner Reception and Townhall Session with YBhg. Datuk Haji Dickson Bin Dollah, Director General of Marine who also serves as Chairman of the Light Dues Board.

    In his address, YBhg. Datuk Haji Dickson emphasized the importance of accountability, integrity, and trustworthiness among MMD personnel. He also underscored the Department’s commitment to continuously enhancing productivity and service delivery quality, in line with the aspirations of Malaysia MADANI.

    The evening concluded with a dinner reception, further strengthening camaraderie and fostering closer ties between the top management and MMD personnel.

    #SaferShipSecurePortsCleanerSeas #MalaysiaMadani

Warga JLM

Warga Awam

Langgan