MALAYSIA–JEPUN PERKUKUH KESELAMATAN TRAFIK MARITIM

MALAYSIA–JEPUN PERKUKUH KESELAMATAN TRAFIK MARITIM: LATIHAN VTS DITERUSKAN HINGGA 2029

10 Februari 2026 – Jabatan Laut Malaysia (JLM) bersama Japan Coast Guard (JCG) telah memuktamadkan Mesyuarat Dua Hala di Tokyo, Jepun bagi meneruskan Program Latihan Vessel Traffic Service (VTS) di bawah JICA Knowledge Co-Creation Program (JICA KCCP) untuk tempoh 2027–2029. Sejak 2017, JCG menyokong pembangunan Operator VTS di MATRAIN selaras Pelan Strategik Pengangkutan Kuala Lumpur 2016–2025, dan program ini telah melahirkan 134 Operator VTS dari negara-negara ASEAN, Asia Selatan dan Oceania yang diperakui melalui pensijilan V103/1 dan C0103-1 Operator VTS serta diakreditasi oleh IALA.

Delegasi enam orang JLM diketuai Kapten Nazri Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Perancangan), mengadakan lawatan rasmi dan mesyuarat di Ibu Pejabat JCG, melibatkan beberapa pengarah/pegawai kanan termasuk MATRAIN, NAVCOM, BPTBP, BOM dan Bahagian Fungsional, serta mengadakan kunjungan hormat kepada Laksamana Seguchi (Komandan JCG) dan Encik Kohno Jyun (Timbalan Ketua Pengarah MLIT, serta Pengarah Eksekutif Malacca Strait Council, Jepun. Kedua-dua pihak mengesahkan komitmen meneruskan program ini bagi memperkukuh kapasiti modal insan dan keselamatan trafik maritim serantau serta melahirkan tenaga profesional VTS yang cekap dan kompeten.

Warga JLM

Warga Awam

Langgan