MALAYSIA–JEPUN PERKUKUH KERJASAMA MENERUSI LAWATAN MENTERI MLIT JEPUN KE MATRAIN

PELABUHAN KLANG, 14 Ogos 2026 – Hubungan erat Malaysia dan Jepun dalam sektor pengangkutan terus diperkukuh menerusi lawatan TYT Kaneko Yasushi, Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT), Jepun bersama delegasi ke Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Jabatan Laut Malaysia (JLM).

Ketibaan TYT Menteri dan delegasi Jepun telah disambut oleh YBhg. Datuk Haji Dickson bin Dollah, Ketua Pengarah Laut, bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Kanan JLM, wakil MATRAIN serta tetamu jemputan.

Lawatan tersebut merupakan kesinambungan kepada usaha mempererat hubungan dua hala Malaysia–Jepun, khususnya dalam bidang pembangunan kapasiti, perkongsian kepakaran serta penerokaan peluang kerjasama yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara.

Sepanjang lawatan, TYT Menteri dan delegasi telah dibawa meninjau MV PEDOMAN serta Pusat Simulator Anjungan Kapal, sekali gus memberi peluang kepada delegasi melihat dengan lebih dekat kemudahan latihan dan pembangunan kompetensi yang disediakan oleh JLM menerusi MATRAIN.

Kunjungan ini turut mencerminkan hubungan baik dan komitmen berterusan antara Malaysia dan Jepun dalam memperluas perkongsian kepakaran, pengetahuan dan pengalaman, selaras dengan aspirasi kedua-dua negara untuk membangunkan sektor pengangkutan laut yang semakin selamat, mampan dan berdaya tahan.

JLM komited untuk terus memainkan peranan dalam menyokong agenda Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi memperkukuh kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa, termasuk MLIT Jepun, demi kemajuan sektor pengangkutan laut dan kepentingan bersama Malaysia–Jepun.

Warga JLM

Warga Awam

Langgan