MAJLIS PERASMIAN WORLD MARINE AIDS TO NAVIGATION DAY PERINGKAT JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

LABUAN, 4 Oktober 2025 – YBhg. Datuk Haji Dickson Bin Dollah, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah merasmikan Sambutan World Marine Aids to Navigation (WATON) Day Peringkat JLM Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir mengiringi beliau ialah Encik Alimuddin Bin Amirudin, Pengarah Laut Wilayah, JLM Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada majlis ini, YBhg. Datuk turut menyampaikan Certificate of Competency (CoC) Mate Domestic Less Than 500GT (Open) kepada lima (5) orang pemandu bot persendirian dan pemandu bot teksi yang berjaya menamatkan kursus. Pelbagai aktiviti menarik turut memeriahkan sambutan kali ini antaranya; Pulau Papan Kayak Race, Pertandingan pétanque pantai, Pertandingan mewarna kanak-kanak, Pertandingan video kreatif, Pertandingan reka cipta bahan kitar semula.

Selain itu, demonstrasi menyelamat di air oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan turut mencuri perhatian para pengunjung dengan aksi pantas dan kemahiran tinggi pasukan penyelamat. Orang ramai juga berpeluang mengunjungi reruai pameran pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang turut serta memeriahkan sambutan ini, sekali gus memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan agensi-agensi Kerajaan.

Sambutan WATON Day mula diraikan di peringkat kebangsaan sejak tahun 2019, selaras dengan pengisytiharan oleh International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authorities (IALA). Penganjuran ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan dan fungsi alat bantuan pelayaran dalam memastikan keselamatan navigasi maritim.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Laut, Pengarah-Pengarah Laut Wilayah, serta pegawai-pegawai Jabatan Laut Malaysia dari seluruh negara.

Warga JLM

Warga Awam

Langgan