Skim Pemisahan Trafik (SPK) adalah kawasan dimana peraturan bagi navigasi kapal telah ditetapkan. Setiap SPK telah ditentukan laluan khas bagi memastikan kapal yang sedang belayar mematuhi arah yang sama.
SPK biasanya ditetapkan di kawasan di mana terdapat pergerakan kapal yang banyak dalam arah yang berlainan dan menyebabkan risiko perlanggaran amat tinggi. Maklumat bagi SPK dan sistem laluan ini boleh diperoleh dalam carta Armiralty.