KETUA PENGARAH LAUT HADIRI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN MOT 2026

PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 – YBhg. Datuk Haji Dickson bin Dollah, Ketua Pengarah Laut, telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Bulan Kebangsaan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Tahun 2026 yang berlangsung pada 13 Ogos 2026 di Dewan Sentral RAC, Kementerian Pengangkutan, Putrajaya.

Majlis yang disempurnakan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan itu menghimpunkan Pengurusan Tertinggi serta warga MOT dan jabatan/agensi di bawahnya dalam menyemarakkan semangat patriotisme bersempena Bulan Kebangsaan.

Antara pengisian utama majlis ialah peluncuran beberapa inisiatif MOT, penyampaian sijil penghargaan, Sesi Penyerahan Kenderaan kepada Jabatan dan Agensi di bawah MOT, serta acara Kibarkan Jalur Gemilang.

Jabatan Laut Malaysia (JLM) terus komited mendukung aspirasi Kerajaan dengan memperkukuh tekad untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, responsif dan berkesan kepada rakyat dan negara.

Warga JLM

Warga Awam

Langgan